Jumaat, 20 Jun 2014

Bab 6 : Oh, My Crush !!

          "Oh mak kau !" Fatihah melatah apabila tiba-tiba telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya berbunyi dan menggeletar. Hantu betul ! Siapa pula yang mesej ni? orang tengah syok-syok berangan dekat cable yang cantik sekian alam ni, pergi kacau. Huh ! Spoil betul lah. Rungut Fatihah yang sedang menikmati ciptaan Allah S.W.T di atas puncak cable car, Langkawi sedikit terganggu. "Apa naknya budak ni?" Kata Fatihah sedikit mengeluh melihat mesej yang datangnya dari Adrisya. "Tak sekolah ke minah ni?" Soalnya sendiri serentak membuka peti masuk.

 We, kau jgn jeles dgn aku au, aku dgn yana satu bas dengan Irwansyah kau !!! kahkahkah jgn jeles..

"Endekk !! kata tak pergi, ni tiba-tiba satu bas pulak apa cite??" Tanpa sedar Fatihah meninggikan suara. Orang yang berada di sekeliling semua tertumpu ke arah Fatihah. Aduhhh malunya. Ni semua Adrisya punya fasal ! Kau tunggu Risy !
    "Adik, jom kita pergi tempat lain pulak. Dah lama kita dekat sini." Zuhaidah memanggil Adiknya yang sudah kelihatan kembang kuncup itu. Silap hari bulan ada juga masuk akhbar mengatakan "Pelancong dari Selangor terjun dari tanah tinggi akibat stress" Tak ke 'nyaye' namanya tu? Fatihah yang baru saja ingin membalas mesej Adrisya tergendala apabila mendengar 'arahan' kakaknya. Aduii.. kacau lah pulak, orang baru nak reply mesej budak ' bertuah' ni. Tak apa, kau tunggu , hari ni hari kau. Esok atau lusa insyaAllah hari aku pulak ! Kau tunggu Risy ! Azam Fatihah dalam hati lalu menuju kearah keluarganya.

          Satu jam berada di dalam bas Adrisya mula berasa bosan. Hendak berborak dengan Illiana, tiba- tiba pulak dia tak sihat. So, bagi je lah dia rehat. Arghh !!! apa aku nak buat ni?? boring gilaa !! teriak Adrisya dalam hati. 
Nak tangkap gambar? Awal-awal dah berselfie
Tidur? Tak mengantuk lah pulak ! 
Lah, kau kan suka baca novel, hah ! apa lagi, baca lah. Peluang dah ada kan? Apa lah susah sangat, kan? 
Alahai, memanglah aku suka baca novel, tapi mana ada aku bawak. Rosak lah nanti ! 
Buat beberapa kali Adrisya 'berdebat' dengan dirinya sendiri, Adrisya mengeluh. Apa nak buat ni?? Sekali lagi Adrisya menyoal dirinnya. Sekian kalinya Adrisya menoleh ke arah Illiana yang masih di buai lena. Entah kali ke berapa Adrisya mengeluh. Bezanya kali ini, Adrisya mengeluh lebih kuat. 
     "Kau kenapa Risy? dah macam badak sembu aku tengok. Asyik mengeluh aje dari tadi." Tegur Illiana. Sebenarnya Illiana sudah sepuluh minit terjaga. Sengaja ingin melihat kelakuan Adrisya yang sudah seperti cacing kena bakar. Eh? asal aku rasa peribahasa lain macam je? Ah ! Lantak lah. "Eh, aku mengeluh kuat sangat ke? sampai kau pun boleh terjaga. Sory lah Yana. Aku tak ada niat pun nak kacau kau tidur. Akuu.. Aku cuma tengah bosan gila babun tahap gaban je ni. Kau sambung lah tidur balik. Kang tak fasal-fasal kau pengsan pulak masa jalan nanti. Aku cakap awal-awal, aku tak nak angkat kau." Meletus ketawa Illiana melihat kekalutan rakannya itu. Pelik pula Adrisya melihatnya. Dia ni sakit ke tak sebenarnya? Ke dah sakit sangat sampai fius otak tercabut? Sampai terbongkok-bongkok  memegang perut. Seram pulak aku dengan minah ni. Secara automatik meremang bulu romanya. 
     "Ya.. Yana.. Ka.. Kau oke ke tak ni?" gugup Adrisya. Siapa tak takut we? gelak dah macam kena sampuk dengan hantu jenglot. Eh ! Sekejab.. Aku sebut hantu jenglot eh tadi? Haisy ni semua pengaruh Tuti dalam novel Lafazkan Kalimah Cintamu yang baru aku katam entah kali ke berapa semalam. "Ya Allah yang kau pucat ni asal? Kau pulak ke sakit ni? Hamboi.. mentang-mentang lah harini aku je ada dengan kau. Kau kemain lagi take care fasal aku ek? Kalau tak kerja kau membuli aku je." Illiana mencebik. " Takut kena tinggal dengan aku lah tu." Gumam Illiana tapi masih di dengari Adrisya.
     "Cehh ! Tak ada maknanya aku takut. Adalah takut jugak. Tapi sikit je. Tak banyak." Kata Adrisya serentak mencantumkan jari ibu dan jari telunjuknya. "Sebenarnya, tu lah kau tak tahu fasal aku ni. Walaupun aku selalu buli kau. Aku stay sayang kau. Sayang kawan-kawan kita." Sambung Adrisya sambil membuat muka sedih. "Ek eleh, poyo pulak minah ni ! Aku baru je test sikit dah touching. Adrisya tersengih ala-ala miang pada Illiana yang sudah membuat muka lalu membuang pandangan keluar tingkap bas.
     "Weyh minah, please stop it ! Aku geli tahu tak kau sandar dekat bahu aku sambil sengih-sengih macam kerang busuk. Karang tak fasal-fasal aku campak kau dekat kolam renang tu. Sesuai kot !" Adrisya turut memandang keluar bas, yang terdapat kelompak air lecak yang sebesar kolam pelampung berenang kanak-kanak. Adrisya kembali duduk tegak seperti sedia kala. 
     "Aku rasa lah kan, kolam tu teramat sesuailah dengan kau."
     " Eh, apa pulak aku yang sesuai? Kau lah yang sesuai."
     "Tak kau yang sesuai, lagi pun kau yang jumpa dulukan kolam tadi tu. Ha, ada lagi !! Ngam-ngam je dengan badan kau."
     "Tak lah, kolam tu besar sangatlah untuk aku. Untuk kau sesuai." Illiana diam sejenak sebelum menyambung bicaranya. "Tapi kalau untuk kau tak sesuai jugak aku rasa." Kata Illiana sambil mengetuk-getuk jarinya ke dagu seolah-olah memikirkan sesuatu. "Hmm, tau tak pa. Kalau kau yang masuk barulah namanya swimming pool kan?" Adrisya tertawa kecil. "Haisy dia ni, bukan lah ! Tapi di fikir balik sebab apa tau. Kalau kau masuk dalam kolam tu. Habis keluar semua air dalam tu. Terus kering." Illiana yang tadi terus ketawa terbahak-bahak terus berhenti apabila bahunya, MasyaAllah telampau perit di tampar oleh Adrisya. "Hamboi.. muluttt.. tak ada insuran langsung ! Aku sumbat air 'teh tarik' tu dalam mulut kau baru tahu. Kembong terus perut. Baru padan muka." Adrisya menjelirkan lidah lalu berpeluk tubuh. "Alaa, takkan merajuk kot. Lek ar ! Oke -oke macam ni. Sekarang, aku tak nak. Kau pun tak nak. So, apa kata kita bagi kolam dan teh tarik tu dekat, Hmm.." Illiana mengetuk-ngetuk dagunya.
    "Fatihah !" Serentak kedua-dua rakan itu ketawa terbahak-bahak. Macam mana boleh sama pula ni? "Oke deal ! dua-dua dah setuju 'kolam' dengan 'teh tarik' tu kita bagi dekat Fatihah." Dalam masih bersisa ketawa Adrisya berkata.  Illiana yang baru saja reda dari ketawa menunjukkan beberapa lagi kelopak air 'teh tarik' yang berada di luar.Adrisya agak teruja juga menunjukkan kelopak-kelopak air tersebut. Mereka terkekek-kekek ketawakan Fatihah yang menjadi mangsa mereka. Hilang terus rasa bosannya. "Kalau lah Teha tahu kita cakap dia macam ni, agak-agak apa reaksi dia ek? confrem  mengamuk !" Kata Adrisya setelah kempali tenang. "Gila tak kau ! Confrem mengamuk habis." Kata Illiana lalu membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya Fatihah mengetahui yang dia dan Adrisya telah mengenakannya. "Shutt ! Rahsia." Kata Adrisya lalu menghulurkan jari kelingkingnya kepada Illiana.
    "Rahsia" Illiana tersenyum lalu menyatukan jari kelingkingnya dengan Adrisya.

          "Ahak-ahak !!" Cis, spoil betul lah. Siapalah yang sibuk menyebut nama aku ni?! Tahu lah nama aku sedap. Fatihah mengosok-gosok tekaknya yang berasa perit akibat tersedak. Nasib baik tersedak je. Buatnya tersembur tadi macam mana? Mana aku nak sorok muka aku ni? Dah lah tengah orang ramai. Malu ! Malu ! Malu !
     "Hamboi, teruk kemain lagi kau tersedak, dik. Sampai merah jadinya muka tu. Siapa yang menyebut tu? Boyfriend Adik eh?? Pagi-pagi dah menyebut. Rindu kut, dah dua hari adik tak datang sekolah." Giat Angah, Hasyimnya mengusik. "Tak ada maknanya boyfriend - boyfriend , rindu-rindu segalanya. Boy friend  orang memang lah ramai. Yang special je tak ada." Orang ni, kalau angah nak tahu, jenis suka cinta selepas nikah. Baru best macam dalam novel tu. Sambung Fatihah dalam hati yang sudah mula berangan-angan.
     "Haa, berangan !" akibat sergahan daripada Zuhaidah telah membuatkan adik bongsunya melatah. "Oh mak kau, cinta selepas nikah! " Fuh kus semangat. "Apa along ni? Tak boleh ke bagi salam dulu? Ni main terjah je sesuka hati. Buatnya adik ada lemah jantung tadi terus adik 'terpadam' macam mana? Orang tak kahwin lagi lah." Fatihah dah mula memuncungkan mulutnya. "Haisy mulut tu ! Ada pula cakap macam tu. Tak baik adik." tegur Abahnya pula. "Sory abah, adik tak senjaga. Adik geram dengan along ni." Bertambah geramnya bila melihat alongnya sudah tersengih-sengih ! Ceh ! Macam lawa sangat. Yang angah ni pula, dah macam kena rasuk hantu gelak. Tak habis-habis ketawakan orang. Sukalah tu aku kena tegur dengan abah. Along punya fasal jugak ! Bebel Fatihah dalam hati.

          Akhirnya, sampai juga ke destinasi yang di tunggu-tunggu. Malaysian Institute in Aviation Tecnology, MIAT sudah berada di hadapan mata semua peserta yang mengikuti lawatan ini, berasa teruja apabila melihat peserkitaran mendapati beberapa buah kapal terbang. Kami semua di bawa ke sebuah dewan yang telah disediakan. Adrisya hanya berkepit dengan Illiana. Dengan siapa lagi dia hendak berkepit? Hanya Illiana, teman yang dia ada. Ada masa yang sesuai Adrisya menarik Illiana mendekati 'Irwansyah', Fatihah. Senjaga dia membuat demikian, untuk menjadikan 'bahan' usikan untuk Fatihah. Biar dia terangat ! BHAHAHA !!
     Selesai mendengar taklimat yang di sampaikan oleh pihak Kolej, mereke membawa kami melawat kawasan-kawasan di sekitar MIAT seperti di bahagian enjen kapal terbang dan koleksi-koleksi kapal terbang dari pelbagai saiz. Juga tidak ketinggalan jet dan helikopter. Walaupun Adrisya dan Illiana tidak melepaskan peluang untuk bergambar, tetapi mata Adrisya juga sesekali menjeling ke arah crush Fatihah. Walaupun ada sesekali Adrisya terlepas pandang. Semasa Adrisya dapat kembali 'menangkap' Irwansyah, Adrisya tersenyum. 'Tunggu kau Fatihah, aku bahan kau cukup-cukup nanti. HA HA HA' Adrisya gelak jahat dalam hati sampai tidak sedar yang dia sudah hampir dengan kipas kapal terbang kecil.

Bukk !!
"Aduhh!!!"
"Kau kenapa Risy? Ya Allah.."
"Tak ada apa-apa lah. Terantuk. Tak perasan tadi." Fuhh.. nasib baik tak ada siapa-siapa yang tengok. Malunya !!  Sambil mengosok dahinya, Adrisya sempat jeling ke arah 'Irwansyah' yang berdekatan dengannya juga pandang ke arahnya. Mesti dia dengar ada bunyi datang dari arah sini. Aduhh ! Maluuu! "Macam mana kau boleh tak perasan kipas sebesar ni? berangan lah tu. Kan dah ada 'hadiah' dekat dahi tu. Nasib baik tak besar sangat naik dahi kau tu." Bebel Illiana yang suaranya masih lagi dikawal.