Adrisya tersentak apabila cikgu di hadapan menguatkan lagi suara untuk meminta surat kebenaran ibu, bapa dan menjelaskan duit lawatan sebelum kami semua bergerak. Alamak ! surat aku dah lompat ke dalam tong sampah la pulak!. Aduhh, macam mana ni? Terpaksalah aku kelentong cikgu. Sory Cikgu !!
Adrisya teringat kembali saat dia mengoyakkan surat berkenaan, nasib baik tidak di koyakkan sekali dengan duit. Geram plus sakit hati punya fasal ! Mana tidaknya? dah cop atau dalam bahasa omputihnya booking awal tiba-tiba kata dah penuh siapa yang tak sakit hatikan? Memang kasi wa panas lah !
Adrisya bangun menuju ke hadapan untuk mengambil surat kebenaran untuk kali ke dua. "Kamu bukan ke dah ambil ke Wani?" Tanya Cikgu Emma dengan 'logat' sabahnya sambil buat wajah pelik. Bukankah hari tu aku dah bagi? "Sory cikgu, hari tu waktu cikgu tu kata tempat dah penuh, saya pun terus dah tak ingat surat tu saya letak mana. Saya rasa ada je dekat meja rumah. Tapi saya tengok balik dah tak ada lah cikgu, hehe" Adrisya beralasan. Mana nak adanya? surat tu dah ada dekat tong sampah sekolah, tak akan lah pula surat tu cantum balik lepas tu terbang balik rumah iye dok?
"Macam-macam lah kamu ni Wani, dah pergi isi borang ni." Kata Cikgu Emma sambil menghulurkan surat yang baru. Adrisya terus berlalu ke tempat duduknya lalu mengisi borang tersebut. Setelah selesai mengisi borang Adrisya mengeluarkan duit RM50 dari begnya lalu terus pergi memulangkan borang berkenaan dengan bayaran ke lawatan. Tanpa mengambil baki Adrisya terus ke tempat duduknya semula. Bukan belagak jadi orang kaya ok? tapi terlupa. Uhuks!
Sebaik sahaja Adrisya duduk, tangannya lantas mencuit pinggang Illiana. Manakala Illiana terus menjadi 'askar tegak'. "Ish ! kau ni kan?!" Marah Illiana apabila melihat Adrisya ketawa. "Apa hal?" sambungnya pula. "Tak payah lah marah hehe"
"Apa hal? cakap jelah" ujurnya dalam nada merajuk.
"Alah, orang nak cakap pun nak marah." Adrisya mencebikkan bibir. "Beb, cuba kau tengok mamat kat sana tu. Itu Irwansyah kan? Admire, Fatihah right?" Katanya sambil menuncungkan sedikit mulut ke arah yang di maksudkan. Illiana yang masih tidak nampak, dipanjangkan lehernya untuk mengintai 'orang seberang sana' Apabila sudah dapat tangkap 'Irwansyah', dia mengecilkan pula matanya untuk mengenal pasti. Hai, lambat betul.. kawan punya pasal sabar je lah. "err.. aaa... a'ah, kenapa?" tanya Illiana semula. "Tak ada apa. cuma nanti ada lah bahan aku dekat fatihah nanti. Dia pun tak tau yang aku dapat pergi ni." Kata Adrisya seiring dengan ketawa. Illiana juga tertawa kecil. Tak habis-habis lah kau ni Risy, sehari tak kena kan orang memang tak sah kan? tak pun bagi orang 'jeles' alahai kawan aku yang sorang ni. Monolog Illiana sambil mengeleng kepala perlahan.
Sudah tiba masanya untuk cikgu membahagikan murid kepada dua buah bas. "Harap kita satu bas" doa Adrisya di bisikkan ke telingga Illiana. "Aku pun harap macam tu, kalau kau tak ada aku nak duduk dengan siapa nanti?" Kata Illiana pula.
"Aku pun sama" Sewaktu cikgu menyebut nama - nama pelajar ke bas A, sempat juga Adrisya melirik memandang Irwansyah. Apa nama sebenar mamat tu ek? dah 2-3 minggu jugak lah kami panggil dia Irwansyah. Nak juga aku tahu nama sebenar dia. Monolog Adrisya sambil mengherotkan mulutnya ke kiri dan kanan. Tak apa, kejab lagi kalau cikgu sebut, dia bangun itu lah nama dia. fokus!
Tiba- tiba Adrisya tersentak! Eh.. eh.. dia bangun lah ! aa..ap.. apa nama dia tadi? Aduhh.. Apa? Yed Meer? aduh.. apa tadi?? Adrisya mengetuk kepalanya beberapa kali untuk kembalikan balik memori kepalanya. Haa ! Syed Ameer !! Sorak Adrisya dalam hati sambil tersenyum lebar. Adrisya yang baru saja rasa gembira tiba-tiba menjadi kalut apabila mendengar nama Illiana tersenarai dalam bas A. "Illiana, ala.. kau bas tu ke?" rengek Adrisya. "Ye lah. Kau dengar je lah nama kau. Mana tau nama kau ada kejab lagi." Kata Illiana yang ingin menyedapkan hati rakannya dan hatinya sendiri.
Aku harap kau sama bas dengan aku. Aku tak nak sorang-sorang. Huaaa !!! Rintih Illiana dalam hatinya pula sambil bergerak menuju ke dalam barisan bas A bersebelahan dengan pelajar lelaki. Selepas Cikgu menyebut beberapa lagi nama pelajar, cikgu terus membuat penguguman.
"Ok, nama pelajar yang mana yang cikgu tidak sebut lagi tu, secara automatik masuk kedalam bas B" kata cikgu Emma membuatkan Illiana dan Adrisya berasa sedih. Tak ada geng ! guarhhhhh!!! Secara automatik kedua-dua orang sahabat itu pandang antara satu sama lain. Manakala Adrisya pula menghalakan tangannya ke arah Illiana sambil membuat isyarat mulut, 'Aku nak satu bas dengan kau, macam mana ni?' dan membuat muka sedih seperti hendak menangis. Illiana juga begitu sambil membuat isyarat mulut 'Aku pun!' Ada juga beberapa orang pelajar tingkatan empat dan lima seperti mereka. Terpisah ! Adrisya juga perasan Irwansyah duduk barisan sebelah Illiana. Tetapi Adrisya cuba membuat muka slamber. Ada aku kisah? Dia bukan crush aku pun !
Cikgu yang mungkin faham dengan gelora di hati murid-muridnya lalu berkata "Kalau kamu nak tukar boleh, tapi jangan sesuka hati ya ! Maksud cikgu kalau kamu nak tukar mesti ada gantinya, contoh kalau murid bas A nak ke bas B mesti murid bas B pun akan berpindah ke bas A, biar seimbang faham?" Selepas Cikgu Emma berkata begitu semua pelajar yang ingin menukar sibuk mencari pasangan untuk di tukar, tidak kecuali Adrisya.
Selepas Cikgu berkata begitu matanya terus bersinar, belum pun sempat Adrisya ingin bertanya kepada yang orang yang ingin mengantikan tempatnya, bahunya terdahulu di cuit oleh akak tingkatan lima yang menanyakan ingin tukar dengan rakannya ataupun tidak. Laju saja Adrisya menjawab YA! Harus lah kan nak tukar. Huhu. Adrisya terus bangun duduk di belakang Illiana. Nasib baik Illiana duduk di barisan akhir, senang sikit untuk dia mengambil ruang duduk.
"Yanaaa !! dapat jugak aku duduk satu bas dengan kau !!" kata Adrisya sambil memeluk Illiana dari belakang. "Aku pun !! Kalau kau tak ada aku tak tau nak duduk dengan siapa we. Dah lah aku tak kenal dengan budak form four and five dekat sini" Kata Illiana, jelas kedengaran nada gembira yang keluar dari bibirnya.
Tiba-tiba pinggang Syakirin terasa lenguh. "Meer, tepi sikit. Bagi aku sandar dekat tiang ni. Naik lenguh pinggang aku, adeh.. apa lagi lah yang cikgu tu buat ? semua dah settle kan? jom lah gerak, nak metting apa lagi tu? alahai cikgu oii" bebel Syakirin. "A'ah lah, apa lagi lah cikgu tu buat? pinggang aku pun dah naik lengguh dah nak tercabut rasanya" Tokok tambah si Alief yang juga turut bersandar di tiang di tepi Syakirin bersandar. "Dah macam atok aku dah aku tengok kau orang ni. Tapi aku rasa atok aku lagi sihat. Tak macam kau orang ni, duduk lama sikit dah sakit sana, sakit sini. Lengguh sana, lengguh sini haish. Ni belum angkat wife kau orang lagi nanti, mau patah terus pinggang. Hahaha" Sakan Ameer ketawakan mereka berdua. "Eh, kalau dengan wife mesti lah kena jadi kuat, gagah, baru lah macho. Cair habis wife dekat kita kan Syak?" Kata Alief tidak mahu mengalah. Syakirin hanya tertawa kecil. Malas nak layan sebenarnya. Kemudian Syakirin terpandang seorang gadis yang bangun meluru ke rakannya. Rasanya budak ni baru form 3. Apabila budak itu, sudah duduk di belakang rakannya, terus saja budak itu bersuara.
"Yanaaa !! dapat jugak aku duduk satu bas dengan kau !!" Excited betul dengar dari suaranya. Ni mesti kes tak boleh berenggang dengan kawan ni. Mana tidaknya seusai saja duduk, terus peluk kawan dari belakang. Macam tak boleh terpisah langsung ! Syakirin tersenyum. "Woi Syak, apa yang kau 'dok' usya? Budak tu eh?" usik Ameer sambil mengangkat - angkat keningnya sambil tersenyum. "Mana ada lah. Saja je buang pandangan. Asal?" Nafi Syakirin pula. Padahal memang betul pun !
"Yelah tu, dari tadi aku perasan. Tak payah nak gebang lah we ! Jujur je lah." Desak Ameer lagi.
"Agak sikit lah we. Takkan lah geng kita ni nak jadi playboy. Mana dia nak campak si Nina Blueholic kesayangan dia tu?" Tanya Alief pula yang sengaja menekan nama 'Nina Blueholic'. 'Bekap' Syakirin lah kononnya. Padahal lagi membuatkan Syakirin rasa meluat. Nina? please fikir seratus kali dulu baru nak terima sebagai girlfriend. Tu pun rasanya tak cukup. Seribu kali fikir baru cukup kut nak terima budak yang over gedik macam dia tu. Untuk suka-suka boleh lah. Tapi dia bukan jenis yang macam tu. "Oh, please lah. Bikin kusut kepala aku je." ujur Syakirin dengan rasa meluat. Manakala Alief dan Ameer sudah ketawa terbahak-bahak. Suka dapat menyakat Syakirin.
Adrisya membuang pandangan ke arah tapak perhimpunan yang terdapat murid- murid masih berkumpul di sana, sebelum masuk ke dalam kelas. Tolong ye budak laki dekat sebelah ni, jangan nak perasan yang aku dok usya kau, dah lah bising. Aku pandang sana sebab nak usya kawan aku tau ! Kata Adrisya, tapi hanya dalam hati saja lah. Hehe.
"Na, kesiankan dia orang tu" Kata Adrisya sambil memuncungkan mulut ke arah tapak perhimpunan.
"Apesal pulak nak kesian?" Hairan ! nak kesian pasal apa pulak ni? dia orang bukan kena denda ke apa pun. So what? Illiana pelik dengan Adrisya. "hak alah kau ni, kau tengok lah siapa yang tengah bercakap tu. Mau sejam, dua baru habis do dia cakap" Kutuk Adrisya sambil ketawa terbahak-bahak. Kesian dia orang. Siapa tak kenal 'Ayahanda' pengetua sekolah ni. Kalau cakap memang tak boleh berhenti. Pot pet, Pot pet ! Tapi yang selalu membuatkan Adrisya geli hati apabila selesai sahaja 'Ayahanda' berbicara, elok pula semua memberikan tepukan gemuruh. Time baru nak start lemah pula. Ibarat macam mengalu-alukan pula 'Ayahanda' tu pergi cepat. Haha !! Mesti kau orang pelikkan kenapa aku gelarkan pengetua sebagai Ayahanda? sebab itu memang gelaran yang dia sendiri suruh kami panggil dia. Mula-mula dia suruh panggil macam tu aku rasa macam nak muntah pun ada. Tapi nak buat macam mana kan? Terpaksa juga 'kami' panggil dia macam tu.
"Oh, i see" Pendek saja jawab Illiana, tapi ketawanya pula yang panjang.
"Dah nasib" kata mereka serentak lalu sambung kembali ketawa mereka. "Kau ada tak nampak bayang Aliya dengan Reena? aku tak nampak lah dorang. Kau tolong aku scan dorang" Kata Adrisya seusai reda ketawanya. Mereka berdua 'melilau' kan mata ingin melihat 'aktiviti' apa yang mereka sedang lakukan.
"We, aku dah nampak. Tu ha dia orang. Reena tengah khusuk dengar. Aliya pulak dekat belakang Reena buat muka toya" Kata Illiana bersemangat sambil menundingkan jari kearah yang di maksudkan.
"Mana? tak nampak pun"
"Ada tu, kau tengok ikut jari aku tunjuk ni. Reena duduk sebelah Syatirah." Adrisya ketawa melihat rakan mereka. Reena bukan khusuk mendengar tapi buat muka blank. Manakala Aliya muka toya seperti yang dikatakan oleh Illiana. "Nampak?" soal Illiana. "Nampak, nampak. Hahaha sengal lah dia orang ni" kutuk Adrisya. Sewaktu Adrisya ingin mengalihkan pandangan, mata Adrisya tertembung dengan sepasang mata yang dia kenal. Glup ! macam mana aku boleh lupa yang mamat ni duduk dekat sebelah kami? Elok pulak kau sandar dekat dinding lepas tu pandang aku kan? Alahai Irwansyah hoi !
Tapi kalau Fatihah ada mesti lagi best kan? hehe. Timbul pula niat jahat di benak fikiran Adrisya. Dia mengeluarkan sedikit telefon bimbitnya dari beg yang dia bawa agar tidak dapat sesiapa yang melihat.
We, kau jgn jeles dgn aku au.. Aku dgn yana
1 bas dgn Irwansyah kau ! kahkahkah jgn jeles..
Send ! Adrisya menghantar SMS kepada Fatihah. Sengaja ingin bagi Fatihah berasap ! HA HA HA.
Sebaik sahaja Adrisya menyimpan kembali telefon bimbitnya, mereka semua diarahkan meletak beg di dalam bas kemudian pergi ke kantin untuk sarapan pagi. Pergh ! rezeki aku betul dapat makan nasi lemak hari ni. Tadi aku nak suruh abah beli dah tak sempat. Tapi elok juga lah. Tak ada lah nanti perut aku kembung macam nak meletop !.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan