Adrisya kelihatan seperti cacing kepanasan apabila melihat tiada seorang pun pelajar di laman ilmu tempat sepatutnya pelajar yang pergi ke Lawatan MIAT akan berkumpul di situ. Mana semua orang ni? Cikgu pun tak nampak ! Aku dah datang lewat sepuluh minit pun masih tak ada orang. Apa cer ? Udah lah aku bawak beg besar. huaaaa !!! Cikgu mana Cikgu ni ??? Aku hantar mesej cikgu tak reply. Macam mana ni? Mana aku nak duduk? Rintih Adrisya yang sudah hendak menangis. Eh, kejab - kejab. Itu bukan ke Reena dengan Aliya ke ? Adrisya mengecilkan matanya dan memfokus ke arah yang dia maksudkan. Eh, betul lah ! Adrisya hampir terlompat kerana terlalu gembira melihat rakannya sudah ada.
Dengan senyuman lebar Adrisya melangkah ke arah dua orang rakannya yang sedang rancak berbual. "Weyh, korang ! Aku takut" Sebaik sahaja Adrisya sampai di hadapan rakannya. Terus saja dia mencangkung sambil memegang tangan Reena dan Aliya sambil memandang kiri dan kanan, lagaknya tak ubah seperti di serang penjahat. Sayu saja bunyi nada suaranya. "Astarfiruallahalazim. Weyh minah! kau nak bagi aku dengan Reena ni kiok cepat ke?" Marah Aliya apabila di terjah sebegitu. Adrisya hanya tersenyum tawar sambil membetulkan kedudukkannya dari cangkuk ke duduk bersila. "Apa yang kau takut sangat ni? kau nampak hantu ke apa? sejuk betul tangan kau ni. Macam baru keluar dari peti ais. Kalah Reena." bertalu-talu soalan yang menerjah ke telinga Adrisya. Reena hanya senyum lebar.
Selalunya memang Reena saja tangannya sejuk beku dan selalu menjadi bahan usikkan mereka. "Aku seram lah. Pasal nak pergi lawatan tu lah. Cikgu kata aku boleh join, stanby je . . aku pun bawak lah barang - barang. Tapi tengok macam tak ada orang je. Kalau aku tak jadi pergi macam mana? Mana aku nak letak barang aku ni? Dah lah hari ni ada kelas BM. Mau aku kena usik dengan cikgu Hisyamuddin. Teruk beb kalau kena usik dengan cikgu tu. Kau macam tak tahu. Cukup lah si Nanthini tu selalu kena 'bahan' dengan cikgu. Aku tak nak ! Tak sanggup !!!" Adrisya meluahkan segala terbuku di hati. Rasa cuak, gementar, dan takut kepada kedua - dua orang temannya itu. Adrisya juga tidak sanggup menjadi seperti rakan kelasnya yang berbangsa india itu. Gila woo ! siapa kut sanggup kena bahan. Dengan cikgu pulak tu. ergh ! Seremmm ! !
"Lah, relex lah. Kejab lagi ada lah orang tu. Bertenang oke? Tarik nafas dalam-dalam." pujuk Reena sambil membuat 'demo' tarik nafas. Aliya hanya mengelengkan kepala melihat kekalutan Adrisya. "Ha, tu dia Illiana" Kata Aliya sambil memuncungkan mulutnya ke arah Illiana yang tersenyum-senyum melihat Adrisya yang sudah seperti cacing kepanasan. Adrisya berpalingkan kepala, lalu terus menerpa kearah Illiana yang masih jauh dari arah tempat mereka berkumpul. "Weyh, Yana aku ni macam mana? Aku takut. Tolong aku." Rintih Adrisya lalu mengoncang-goncang tangan Illiana. "Macam mana apanya? Apa yang kau takutnya? Nak kata hantu. Hantu mana ada subuh-subuh. Ke kena ngorat?" Teka Illiana. "Bukan lah !" Rengek Adrisya yang dah macam kanak-kanak yang nak makan ice-krim. Perangai macam budak-budakkan? "Dah tu?" soal Illiana lagi lalu duduk di hadapan Aliya dan Reena dan di ikuti Adrisya. Pegangan tangannya masih belum di lepaskan.
"Dia tak tahu status dia sekarang macam mana." Bicara Reena membuatkan Illiana terkedu dua saat. Diulang cuma dua saat, atau bahasa omputih, two second ! "Jadi betullah aku teka tadi? kau kena ngorat?" Sepantas kilat peha Illiana menjadi mangsa Adrisya. "Banyak lah kau punya kena ngorat ! Mana adalah, takda siapa pun nak kan aku ni." Kata Adrisya lalu meletakkan beg di sisinya dan memeluk lutut. "Ni aku takut, risau pun ada. Aku ni macam mana? Pergi ke tak ke lawatan tu? Kalau tak pergi macam mana? Huaaa !!" Kata Adrisya lalu meletakkan kepalanya di atas lutut. "Cikgu contact kau tak semalam?"
"Ada. Cikgu suruh aku stanby je." Terang Adrisya
"Kalau cikgu dah kata macam tu, insyaAllah kau pergi. Kau sabar oke?" pujuk Illiana pula.
"Kau dah jumpa cikgu ke belum?" Tanya Aliya. Belum pun sempat Adrisya menjawab Reena mencelah. "Haa. Panjang umur cikgu. Tu pun." Kata Reena membuatkan semua rakannya perpaling mengikut muncung Reena melihat cikgu yang baru masuk ke halaman sekolah. "Cikguuuu" Rintih Adrisya lagi sambil mendepakan tangannya ke arah Cikgu Emma yang jauh jaraknya. Dalam 45 - 50 kaki. Belum sempat Aliya membuka mulut Adrisya sudah bangun dan menarik lengan Illiana. "Jom teman aku pergi jumpa cikgu." Kata Adrisya terus menapak, membuatkan Illiana hampir tersungkur.
"Adoii, woii . . Hati - hati lah sikit. Nasib baik aku tak jatuh tergolek tadi. Kalau tak malu je aku tahu tak? aduiii.. Risya !! Cuba lah kau bawak bersabar sikit." Bebel Illiana manakala Adrisya pula hanya mengumam. "Kau jangan banyak cakap boleh tak? Cepat lah. Nanti cikgu naik tangga tak sempat pulak aku nak cakap !" Marah Adrisya dan menambahkan lagi laju kakinya. Berlari anak. Illiana sudah tidak berkata apa, hanya mengeluh kasar. Sampai saja di hadapan cikgu, Adrisya dan Illiana sudah 'pancit'. "ha, kenapa ni? macam berlari 3 pusingan padang je." kata Cikgu Emma sedikit pelik melihat anak muridnya itu. "Memang kami berlari cikgu." Kata Illiana yang masih'semput' "Kami kejar cikgu, saya nak tanya ni cikgu. Saya ni macam mana? saya pergi ke tidak?" Terus Adrisya menyoal. Tak ada coner-coner lagi, straight to the point !! Cikgu Emma tersenyum. "Kamu duduk je dekat laman ilmu ya? nanti Cikgu panggil nama kamu."
"Oh, oke . . tapi saya ni pergi ke tak cikgu?" soal Adrisya lagi. Tapi jawapan daripada Cikgu Emma sedikit mengecewakan Adrisya. Nak tahu apa jawapan cikgu? Senyum dan berlalu macam tu aja. Aduhh cikgu, jangan lah main teka-teki dengan sayaaa !! jerit hati kecil Adrisya. "So, macam mana?" Illiana menyoal dari mendiamkan diri dari tadi. "Seorang anak murid yang solehah mesti mendengar kata gurunya. So, apa lagi jom lah duduk laman ilmu. Kita ambik barang dekat dorang oke?" Sempat pula Adrisya mengeluarkan sedikit ceramahnya sebelum mengeluarkan pendapat. "Baik lah, anak murid yang tak lah berapa solehah." Sindiran Illiana bukan menyakitkan hati Adrisya malah membuatkan Adrisya tertawa. Illiana pada mulanya memasamkan muka. Tetapi bila melihat Adrisya tertawa, Illiana juga turut tertawa.
Sekali lagi Aliya dan Reena menjadi mangsa kejutan Adrisya. Apabila mendengar bebelan mereka berdua Adrisya hanya tersenyum kera. Kera? senyum? hermm.. Macam mana kera senyum ya? Selepas Adrisya dan Illana melangkah ke Laman Ilmu dengan barang - barang mereka, Adrisya sibuk menanyakan barang yang di bawa oleh Illiana. Serba satu ingin di ketahuinya. Daripada rambut hingga ke kaki semua nak tau !.
"Weyhhh ! Alamakkk ! Selipar aku lupa bawak lah. Macam mana ni? tengok jam , tengok jam ! Tadi aku dah stanby selipar dah. Macam mana aku boleh lupa nak ambik? Argh!!" Adrisya marahkan diri sendiri. Adrisya gabra. Iya lah, cuba bayangkan, dah pakai baju biasa dengan seluar jin dah cun - cun tiba - tiba pakai kasut sekolah !! Oh, My ghoss !!! Apabila melihat jam baru menunjukkan jam 7.08 pagi. Adrisya sekali lagi menarik Illiana. "Kau nak ajak aku pergi mana pulak ni? aduh minah ni !" Kata Illiana yang sedikit geram dengan tingkah Adrisya. "Balik rumah aku sekejab ! please, please, pleasee" Rayu Adrisya.
"Macam sempat !"
"Sempat!"
"Weyh, mana sempat ! kang tak pasal-pasal kena denda. Aku tak ambik resiko weyh!" Kata Illiana sedikit berat hati untuk mengikut langkah Adrisya.
"Aku kata sempat, sempat lah. Jangan banyak bunyi boleh? kalau kau jalan macam siput memang lah tak sempat. Sekarang kau tutup mulut then teman kan aku balik sekejab oke?" Sempat pula Adrisya membebel.
"Nanti pak gad marah lah" Illiana masih mencuba nasib.
"Tak adanya, cepat lah!" Adrisya terus mencapai tangan Illiana yang sudah mencerutkan muka. Sampai sahaja di hadapan pakcik jaga, Adrisya terus meminta kebenaran untuk pulang ke rumah untuk mengambil barang. Dalam perjalanan pulang kerumah sempat lagi Illiana membebel.
"Weyh kau tahu tak, kalau kita balik rumah kau dalam tujuh ke lapan minit tau kalau jalan kaki."
"Lima minit pun boleh sampai" belum sempat Adrisya menghabiskan kata-katanya Illiana menyampuk.
"Itupun kalau naik kenderaan. Bolehlah sampai dalam masa lima minit!"
"Aku tak habis cakap lagi oke?! please listen." Illiana hanya membuat muka toya. Adrisya sudah berang lapan peratus. "Lima minit pun boleh sampai kalau kita tak jalan macam siput. Kalau kita jalan macam lipas kudung mesti lah boleh sampai." terang Adrisya. Membuatkan Illiana mengalah.
"Yelah-yelah" Illiana sudah semakin pancit. Bayangkan lah dalam masa tiga minit sudah separuh jalan. Tepat jam 7.13 pagi Adrisya sudah sampai di hadapan rumah. Adrisya melihat selipar yang harus dia bawa bersama elok terletak di depan pintu rumah. Adrisya memanggil Emaknya, suruh membuka pintu untuk mengambil plastik. Selesai Adrisya masukkan seliparnya di dalam plastik jam sudah menunjukkan tepat 7.15 pagi. Sempat juga Adrisya mendengar bebelan dari pada Emaknya. Jawapan daripada Adrisya hanya melemparkan senyuman. Senyum kan sedekah. Dapat pahala, kalau menjawab dapat dosa, kan? kan?
Dalam perjalanan kembali ke sekolah, Illiana sambung bebelannya apabila melihat jam tangan sudah hampir menunjukkan jam 7.20 pagi. Oh goshh !! Lagi dua minit lagi loceng sekolah akan berbunyi !! "Risy.. dah nak dekat bunyi loceng dah ni.. aduhh.." Suara Illiana sudah bertukar. Macam nak menangis. "Diam lah ! dah jom kita lari sikit." Cadangnya dan terus memulakan langkah. Sebalik sahaja mereka melangkah masuk dalam sekolah, loceng pun telah berbunyi. Fuhh, nasib baik sempat ! "Kan aku dah cakap sempat. Kau tak percaya. Dah jom kita duduk dekat laman ilmu, dia dorang nak beratur dah tu." Sempat lagi nak belagak.
Cehh ! macam nak putus segala urat sendi, tulang- temulang aku tau tak?!! Marah Illiana, tapi cuma terluah dalam hati. Cuma dia bagi 'hadiah' istimewa pada Adrisya. "Auchh !! hehe.. jangan lah marah aku. Alolo, baby buchuk sorang ni. Dah jom" Adrisya tersengeh sambil menggosok kesan cubitan di lengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan