Ahad, 20 Oktober 2013

Bab 3: Oh, My Crush !!

          Adrisya mundar - mandir di hadapan kelasnya. Gelisah. Itulah yang Adrisya rasa sekarang. "Aduhh ! mana Cikgu Emma ni ? Cikgu lagi sorang tu pun tak nampak . . Puas aku cari. . Atas, bawah, sana, sini tak jumpa. Cikguu ! Mana cikgu menyorok? aduiyai" Bebel Adrisya sendirian. Sudah lah hari ni last dapat bayar.  Tak pasal - pasal aku tak dapat pergi, mahu menangis berlagu aku. Secara tiba - tiba Adrisya teringat akan lagu yang sekarang makin popular di radio. 'Sepi hatiku, galau jiwaku, apa tajuk lagu ni ek? kena pulak dengan keadaan aku sekarang ni.' Adrisya bernyanyi sepotong daripada lagu itu dalam hati.
     "Ala, kau ni . . relex lah . . kejab lagi ada lah cikgu tu. Tak ada lari kemana cikgu emma tu." pujuk Illiana dan ingin mengusap belakang temannya itu, tapi pantas ditepis. " Kau boleh lah cakap . . kau dah bayar ! Dah lah bayar tak ajak !" tempek Adrisya melepaskan geramnya pada Illiana. Manakala Illiana hanya tersengeh. "Aku ajak. Kau yang tak bawah duit." Illiana membela diri apabila dirinya di persalahkan. "Dah la weh. . jangan lah bergaduh. . apa lah korang ni." pujuk Fatihah pula. "haa ! tu cikgu Noor. Pergi lah bayar."  Sambung Fatihah ketika melihat cikgu Noor naik tangga di hadapan kelas mereka. Adrisya terus mendapatkan cikgu yang Fatihah maksudkan.
     "Assalamualaikum cikgu, ni saya nak bayar duit nak pergi lawatan ke MIAT tu." Lancar Adrisya berkata sambil menghulurkan duit yang dia pegang sejak dari tadi "Ala . . sory lah sayang. . tempat dah penuh lah. ." bicara Cikgu Noor sambil memeluk bahu Adrisya. Perasaan Adrisya kala ini sudah bercampur baur antara terkedu, tersentak, terkilan, semua perasaan menjadi satu. Biar betul dah penuh? Tapi hari tu cikgu kata lain.
     "Tapi cikgu, hari jumaat lepas saya dah tulis nama dah dekat cikgu Emma. Cikgu tu kata tu chop tempat dulu." ujur Adrisya masih mencuba nasib. "Hmm, memang lah. Tapi kami ambik yang mana dah bayar je, yang belum bayar tu just untuk spare . . nanti kalau ada yang tarik diri cikgu info ya?" Kata cikgu Noor dan terus berlalu pergi. Adrisya hanya mengumam untuk jawapannya. Ingat aku ni barang dekat kedai ke nak spare-spare? huh!. Hancur lebur angannya untuk menaiki Cruise dan aktiviti yang bakal di lancarkan. Hatinya sudah hujan lebat. Bukan guruh je, tapi dah ribut taufan !
     "Risya, kau oke?" tanya Reena, manakala rakannya yang lain sudah menggerumi Adrisya. Aliya dan Fatihah sudah mengusap lembut belakang Adrisya. "tak . . tak apa. .  aku oke . . korang jangan risau oke? hehe" gagap juga Adrisya untuk menjawab soalan temannya. Sedaya upaya memaksa dirinya supaya bertenang dan kembali pada sifat gilanya itu. Adrisya menarik nafas dalam-dalam. Dan perubahan mendadak Adrisya membuatkan rakannya yang lain terlopong.
     "Weyh ! apa kena korang ni relex lah. .  aku tak apa-apa lah. Yang korang semua buat muka macam tertelan biji durian ni dah kenapa? korang pulak yang melebih ek? lepen (relex) lah. . haha" Sambung Adrisya lalu meninggalkan rakannya sambil tersenyum. Adrisya rasa lain macam kerana terasa dia hanya berjalan seorang diri. Adrisya kembali pusing ke belakang agak terkujut melihat rakannya masih tidak berganjak. "Lah, asal tak bergerak lagi? cepat lah." ujur Adrisya lagi apabila melihat rakan-rakannya memandang pelik ke arahnya. "Weyh ! kau serius ke oke ni? pelik betul lah aku tengok kau ni. Tiba-tiba berubah. Kau sihat ke tak?" Kata Aliya sambil meletakkan belakang tangannya di dahi Adrisya. Pantas Adrisya menepis. "Apa ni, aku sihat lah. Dah lah, jom pergi rehat. Nanti rehat habis, tak sempat pulak nak makan." Kata Adrisya sambil menarik semua pergelangan rakannya.
     Adrisya kembali memandang kearah rakannya. "Korang boleh tak jangan buat muka macam tu dekat aku? apalah korang ni. Relex lah, mungkin dah tak ada rezeki aku nak pergi nak buat macam mana. Mula - mula tadi memang lah aku terkejut. Sekarang aku dah oke dah. Tak akan lah aku nak pergi ugut cikgu tu suruh letak nama aku dalam list tu. Woi cikgu ! letak nama aku sekarang dalam list ! kalau tak siap!. Takkan macam tu? Tak patut." terang Adrisya sambil membuat gaya seperti menumbuk orang. 'Aku tak ada lah kejam macam tu woii ! lagi-lagi dekat orang tua. Agak sikit' Kata Adrisya dalam hati sambil menjeling rakannya walaupun dalam hati sudah banjir kilat, ribut taufan, tapi Adrisya sedaya upaya melemparkan senyuman. Rakannya tergelak mendengar celoteh Adrisya lalu terus membuka cerita yang lain.

         "Adrisya !!!"
'Fuhhh ! kus semangat. Nasib baik aku tak ada penyakit lemah jantung kalau tak dah lama aku padam dekat sini juga ! Memang tak sayang nyawa kawan betul lah minah ni,' Bebel Adrisya dalam hati apabila rakannya menjerit namanya serentak dengan menepuk kedua - dua belah bahunya. Adrisya apalagi bagi hadiah jelingan maut lah dekat Illiana. Tambah sakit hatinya apabila melihat senyuman yang terlukis diwajah temannya itu. Adrisya menarik nafas dalam-dalam sambil menutup matanya dan . . "Weyh ! kau ni memang tak sayang kawan kan? kau nak aku ni kiyok cepat ke? kalau buatnya jantung aku terstop kat sini macam mana? Tak sempat aku nak merasa alam perkahwinan. Lagipun amalan aku tak cukup lagi. Tak taubat nasuha lagi tau. Tak sempat nak mintak ampun dengan mak abah aku !" Rasakan peluru das dari mulut Adrisya ! dengan sekali nafas Adrisya melemparkan amarahnya kepada Illiana.
     "Perghh !! boleh bernanah telinga aku ! relex lah sis .." belum sempat Illiana menghabiskan ayatnya Adrisya sudah potong. Geram punya pasal. "Banyak lah kau punya relex" manakala Aliya dan Reena sudah mengekek ketawa. Lawak sangat ke? choii ! "Sabar lah kau ni pun ! aku tak habis cakap lagi. Aku percaya kalau aku cakap ni mesti kau terangkat sikit." Adrisya mengerling lagi kearah Illiana. Boleh percaya ke? Adrisya menjebirkan bibirnya. "Jebik-jebik, ingat lawa sangat lah tu !" tergelak Illiana dengan reaksi temannya itu. "Tadi, lepas rehatkan ada last perjumpaan ke MIAT tu. Asal kau tak join?" Tanya Illiana.
"Buat apa aku nak susah payah tadah telinga dengar cikgu bebel kalau nama aku tak ada, memang tak lah kan aku pergi. Buat sakit hati je" Bicara Adrisya dengan nada sayu itu membuatkan Illiana tersenyum kecil. Manakala Aliya dan Reena hanya mendengar.
"Lah.. iya ke nama kau tak ada ke? Kesian." Kata Illiana menambahkan lagi minyak di dalam hati Adrisya yang sudah siap sedia terbakar. No more MIAT ! Noktah! empat patah perkataan itu mampu membuat hatinya terbakar. Terbakar dengan api cemburu !
     "Tapi aku pelik lah. Tadi aku dengar nama siapa ye dekat dalam senarai lawatan tu cikgu sebut tadi? Adrisya Alwani Binti Lakmalamri. Urmm. Rasanya tak salah dengar tadi." Sambung Illiana sambil mengosok-gosokkan dagunya lagak seperti penyiasat !
"Nama aku lah tu. Hai, parah betul kau ni. Nama kawan sendiri pun takkan lupa kot." Malas saja Adrisya menjawab. 'Apa lah dia ni, dah sah-sah nama Adrisya Alwani nama aku. Tanya budak empat tahun pun boleh jawab tau. Eh ! kejab-kejab, nama aku? nama aku dekat list MIAT ?'
     "Wait, boleh tolong repeat tak apa kau cakap tadi? Tak berapa nak jelas lah." Kata Adrisya terkebil-kebil matanya sambil merapatkan telinganya dengan muka Illiana. Manakala senyuman Illiana sudah semakin lebar. Suka lah tu!
"Aku. Kata. Tadi. Aku. Dengar. Nama. Adrisya. Alwani. Ada. Dalam. List. Lawatan. Ke. MI.AT." Sebutir-sebutir Illiana menyebut. Kalau tak dengar lagi aku tak tahu lah. Bisik hati Illiana.
"Yahoooo !! serius we? yeahhh !!" Hampir sahaja Adrisya melompat. Cuma tangannya saja tidak sempat dikawal, apabila kedua-dua tangannya sudah dinaikkan keatas. Tapi aku tak boleh gembira sangat. Walaupun Yana kata nama aku ada. Tak semestinya aku dapat pergi. Adrisya menurunkan tangannya perlahan-lahan dan mengeluh.
"Laa.. Kenapa masam balik ni? tadi kemain ceria" Pelik Aliya, Reena dan Illiana.
"Aku tak semestinya dapat pergi. Cikgu pun kata cikgu ambik orang yang dah bayar je kan? Aku belum bayar." Sedih saja nada suaranya membalas kata-kata Aliya. Bukan suara saja tapi hati juga ok!
"Ala.. jangan lah sedih. Nanti kita sama-sama tanya cikgu ok. Aku rasa kau ada peluang" Balas Reena pula sambil mengusap perlahan belakang Adrisya. Memujuk ! Kata-kata semangat rakannya itu membuatkan Adrisya tersenyum kecil. Sayang korang ketat-ketat !!

          Sewaktu Adrisya dan temannya berborak sakan, tiba-tiba terhenti apabila Cikgu Emma masuk ke dalam kelas dan memanggil Adrisya dan rakannya yang mengikuti lawatan ke MIAT. Serentak dengan itu, tiba-tiba hati Adrisya terpunggut menjadi sayu. "Cikgu . ." kata Adrisya tergantung di situ membuatkan Cikgu Emma menjadi pelik. "Kenapa ni ?" ujur Cikgu sambil memeluk bahu Adrisya dan memandang rakannya yang berdiri di sekelilingnya. "Tadi saya nak bayar duit ke MIAT tu cikgu. Saya cari cikgu, tapi saya tak jumpa. Kebetulan kawan cikgu tu. . siapa nama tu? haa.. Cikgu Noor tu naik tangga. Lepas tu saya terus lah berjumpa dengan dia kata nak bayar duit tu. Lepas tu cikgu tu kata tempat dah penuh. So, saya tak boleh nak join lah cikgu." Mengadu Adrisya. Haisy ! berapa banyak kali dah nak cakap lepas tu, tu, lepas tu, tu ? dah tak ada ayat lain dah ke ? Ayoo ! Apa lah kau ni Risya. Omel Adrisya dalam hati.
     "Ha? Dah penuh? Iyeke? Hmm . . Tak apa lah nanti cikgu pergi cheak balik ye? Takmo sedih-sedih. Habis yang lain ni pergi tak?" Ujur Cikgu Emma.
"Saya tak pergi. Mak tak bagi." ujur Reena sambil memekkan mukanya. Sedihlah konon.
"Saya pun sama dengan Reena. Tak dapat pergi. Tapi saya nak pergi. Tapi mak pula tak bagi." Berapa banyak tapi daa si Aliya ni . . Eleh ! cakap orang dia pun sama tadi. Adrisya tertawa kecil dalam hati membuatkan dia tersenyum sumbing. Manakala Aliya sudah mengerling kearah Adrisya. Apa kes pula minah ni? tadi kononnya sedih lepas tu senyum pula. Ni mesti kes mengutuk orang ni. Urmm.
     "Saya ke langkawi. Tapi saya nak joinnn !" Kata Fatihah. Macam meraung pun ada juga. Orang hilang suami. kahkah ! Manakala Cikgu Emma hanya tersenyum. Macam-macam perangai.
"Oh ! kiranya semua tak dapat per.." 
"Chop ! Saya dapat pergi." pantas saja Illiana memotong. Sory cikgu saya potong cakap cikgu!  Illiana bermonolog sambil membuat iklan colgate. Kalau cantik tak apa lah juga kan? ops ! hehe..
"Aik! macam mana kamu boleh pergi pula? tadi kata tempat dah penuh." Pelik cikgu Emma dengan anak muridnya yang sorang ini.
     "Saya dapat sebab saya bayar hari Khamis cikgu, masa hari guru tu. Memandangkan hari jumaat tu cuti. Kalau tak semalam juga saya baru bayar. Tapi saya takut saya lupa." cerita Illiana.
"Hurmm patut lah. Kamu kenapa tak bayar time tu juga Wani?" Adrisya kembali menarik muka bila di fikirkan, kenapalah aku pun tak bayar time tu? kalau tak mesti aku dapat tempat ! Arghhh !!. Sedih, Kecewa, Terkilan dan seumpama dengannya telah melanda jiwa dan raga Adrisya Alwani !. Chewahh ! 
"Saya takut lah cikgu nak bayar time tu. Saya takut cikgu busy dan takut cikgu lupa." Kata Adrisya sambil memuncungkan mulutnya. Duckface !!
"Lagipun kan cikgu. Tadi masa perjumpaan ada perjumpaan tadi ada nama Wani ni." Ceh ! aku pun dah terikut panggil Wani monolog Aliya dan cuba sembuyikan senyumannya. "Yana lah cakap tadi." Sambungnnya.
     "A'ah cikgu" Hampir serentak Adrisya, Reena dan Illiana menjawab. Manakala Cikgu Emma sudah bercantum keningnnya. Pelik. "Oh, nama kamu ada lah? urmm.. tak apa nanti cikgu tengok. Apa number fon kamu? nanti ada apa-apa maklumat cikgu mesej." Setelah Adrisya memberi number telefonnya. Adrisya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Emma. Hatinya juga terasa berdebar-debar untuk menanti jawapan daripada cikgu. Over betul ! Relex lah. Bisik hati Adrisya sendiri lantas mempamirkan senyuman buat cikgu dan rakan- rakannya. "Suka lah tu ada peluang dapat pergi" usik Illiana.
"Gila kau tak suka" Kata Adrisya selamber membuatkan semua yang berada di situ turut tertawa termasuk Adrisya sendiri.

          Sewaktu perjalanan pulang ke rumah, fikiran Adrisya melayang teringatkan kata guru kesayangannya.
              "Oh, nama kamu ada lah? urmm.. tak apa nanti cikgu tengok. Apa number fon kamu? nanti ada apa-apa maklumat cikgu mesej."
 Kata cikgu Emma masih tidak mahu keluar dari kotak fikirannya. Degil betul. Apa-apa pun aku mesti bagi tahu mak dulu. Jangan terlampau berharap Risy! Adoi !! Adrisya yang tidak sedar yang dia sudah sampai rumah, terus terlanggar pagar rumahnya. "Ha ! kau dah kenapa Risya? berangan?"  Puan Zuridah yang sedang menyidai baju bertanya kepada Adrisya tapi pertanyaan ibunya hanya di balas dengan senyuman untuk menutup malu. Lalu Adrisya terus duduk di kerusi depan halaman rumahnya sambil membuka kasut. 
     "Tak ada lah mak. Risy teringat kata cikgu tadi. Itu aje." jawab Adrisya sambil menguis kucingnya yang berada di dalam sangkar. Tak boleh lepas nanti kena culik ! Betul tak tipu. Dulu Adrisya pernah jumpa dan membela tiga ekor anak kucing yang sangat comel. Salah seekor anak kucing Adrisya kena ambil dengan seorang budak berbangsa india, ketika itu anak kucingnya sedang bermain di luar rumah. Seminggu juga Adrisya mencari dan menangis. Sudah lah dua ekor lagi sudah mati.  Sejak itu, Adrisya tidak berani melepaskan kucing di luar. Fobia beb kucing kena culik !
     "Ya Allah, apa lah yang kau beragan ni Risy? parah benar. Mana tidaknya, tadi langgar pagar. Mak panggil pun tak dengar" bebelan Puan Zuridah membuatkan Adrisya tersentak dari lamunan. Tiba-tiba hatinya terasa rindu kepada Edward, anak kucingnnya yang hilang. Kalau Edward ada mesti dah besar macam Bobok kan? Adrisya berpaling sekali lagi ke arah Bobok dan Jenny yang semakin membesar. Kucing pemberian Acu nya. "Haa ! tengok tu. Mengelamun lagi. Haish ! apa lah nak jadi dengan budak ni." Sekali lagi Adrisya menghadiahkan kepada Puan Zuridah senyuman. "Alo, orang teringatkan Edward lah mak. Mesti dah besar macam Bobok and Jenny kan mak?" Kedengaran sebak saja suara Adrisya.
     "Benda yang lepas tak usah lah nak di kenangkan lagi. Lagipun semuannya ada hikmah. Tengok, hilang sekor dapat tiga ekor kan?" pujuk Puan Zuridah sambil menunjuk kearah kucing dan arnab nya kesayangannya. Adrisya kembali tertawa senang apabila melihat Bobok mengiau sambil mengesel-geselkan badannya ke pintu sangkar, seakan-akan menyokong kata Puan Zuridah. Tahu saja orang tengah cakap pasal dia. "Tengok, Bobok pun sokong cakap mak. Ha! apa yang cikgu cakap sampai kau terlanggar pagar tadi? Kena marah ke? toucing?" ujur Puan Zuridah lalu terus menapak masuk ke dalam rumah di ikuti Adrisya. "Risya bukan kena marah mak. Tapi orang sedih sikit lah, keliru pun ada." kata Adrisya sambil membuka tudung dan stokin dan di masukkan dalam baldi bilik air. Kejab lagi basuh. Adrisya kembali ke ruang tamu dan duduk di hadapan ibunya yang sedang leka menonton television drama indonesia. "Kenapa pula ni? dah bayar belum duit lawatan tu?" tanya Puan Zuridah sekilas memandang anak bongsunya.
      "Ha ! ni lah yang Risy nak cerita ni mak. Tadi waktu Risy nak bayar dekat Cikgu Emma, tapi masa tu cikgu Emma tak ada, yang Risy jumpa kawan cikgu tu. Risy cakap lah Risy nak bayar. Tapi dia kata tempat dah penuh, nama yang dah letak nama tapi masih belum bayar dorang tak ambil. Sabar je lah kan. Lepas tu, yang Yana kata nama Risy ada dalam senarai. Dalam kelas jumpa pulak Cikgu Emma, Risy cakap lah dekat cikgu, yang Risy tak dapat pergi sebab tempat dah penuh. Tapikan mak, Risy tengok muka Cikgu macam pelik pun ada tau. Cikgu kata nanti kalau ada apa-apa cikgu contact Risy." Panjang lebar dan penuh emosi Adrisya cerita kepada emaknya. Rasa lega sedikit apabila segala isi hatinya yang di pendam sudah terluah.
     "Macam mana cikgu nak contact. Cikgu ada nombor kau ke?" tanya Puan Zuridah lalu mengunyah nasi yang di ambil masa Adrisya sedang khusyuk bercerita. "A'ah. Cikgu ada ambil. Mak makan apa tu? macam sedap je Risy tengok" Adrisya yang baru sedar melihat emaknya makan nasi, mengosok perutnya yang sedang membuat konsert rock kapak. Lapar ! "Mak masak ikan tiga rasa dengan sayur pucuk paku. Pergi lah makan." bicara Puan Zuridah membuatkan Adrisya berkecur air liur. Lantas Adrisya bangun menuju ke dapur. Mana boleh tunggu lama-lama. Perut yang lapar perlu segera di isi !!

          Tengah hari ke petang, bila petang sudah meleburkan tirai, malam pula menjelma. Sepanjang masa itu Adrisya tidak lengkang dari telefon Nokia E72 pemberian kakaknya. Haish! mana cikgu ni. Kata nak bagi tau. Aku ni macam mana? Pergi ke tak? sudah lah esok perginya. Adrisya keresahan. Telefonnya sekali lagi di tenung. "Sudahlah tu, tak payah lah dok tenung henset tu macam nak tembus. Kalau dah tak ada SMS atau call dari cikgu tu anggap je lah kau tak ada rezeki nak pergi ye." Pujuk Encik Amri tidak betah melihat anaknya yang terlalu berharap untuk pergi ke lawatan. Adrisya kembali meletakkan telefonnya di sisi. Punah harapan, lalu Adrisya pergi ke dapur untuk minum air dan mengambil makanan. Setelah Adrisya kembali ke ruang tamu, telefon Adrisya berbunyi menandakan pesanan mesej masuk, dengan sekelip mata telefonnya sudah berada di tangan. Nombor yang tidak kenal, ni mesti cikgu. Laju saja Adrisya membuka mesej.

Salam wani... ckgu ni...kmu btul byr wit 
lawatan ke MIAT tu kan? kmu nk join sok?

Gila tak nak pergi ! mesti lah nak. Adrisya tersenyum. "Siapa yang hantar mesej tu? senyum sampai ke telinga nampak? boyfriend ye?" usik Puan Zuridah pula. Manakala Adrisya sudah tergelak kecil. "Pandai je lah mak ni. Ni Cikgu Emma yang mesej, dia tanya betul ke esok Risy nak pergi." Terang Adrisya sambil menekan punat telefonnya.

Ada ksong ke ckgu? msti lh sye nk join !!

Send ! Adrisya mengukir senyuman. Ada peluang ni. yahooo !!. Adrisya bersorak dalam hati. Satu lagi mesej masuk.

ok...nt sok kite tgk k... coz ade nma yg btindan...
ckgu amik attndnt after dat lau xde tlbh
kmu leh join nah... ready je sok ea... :)

Adrisya termenggu. Attndnt ?? apakah itu? Argh! lantak lah. Yang penting satu lagi ni. Adui cikgu ni, main tarik tali lah pulak ! aku ni dapat join ke idak? nanti esok aku dah siap, dah betul-betul ready mana aku nak letak muka. Beg aku nak letak mana? confrem buku aku tak bawa esok. Sekali lagi Adrisya menekan-nekan punat telefonnya.

esk pagi dtg sek mcm biase ke? btol stanby je 
esok? bwk brg2 nk pegi je? btol ke ckgu?

Sekali lagi butang send di tekan. Keliru Adrisya di buatnya. Cara cikgu cakap macam aku betul-betul dapat pergi. Tapi tadi cikgu cakap kalau tak ada lebih aku boleh join. Kalau terlebih macam mana? aduihai.
Adrisya melepaskan keluhan serentak dengan itu, telefonnya juga berbunyi menandakan ada mesej baru.

Trun sek spt biasa...yup... stand by je sume

Hmm. Cikgu pun dah cakap macam tu. Stanby je lah. Bawa je lah buku tulis dengan kertas-kertas yang cikgu bagi, masuk dalam fail. Alat tulis semua bawa. Kalau aku betul pergi. Aku suruh lah Reena atau Aliya yang pegangkan. hehehe. "Mak, Abah, cikgu kata esok Risy boleh join tapi itu pun kalau tak ada yang terlebih. Kalau Risy tak jadi pergi, Risy balik jelah." terang Adrisya pada kedua-dua ibubapa nya sambil gelak kecil. "Alhamdulilah, dapat lah kau pergi ye? tak ada lah malam karang banjir dengan air mata. Esok bangun mata dah macam kena gigit tembuan ye?" Puan Zuridah mengucap syukur sekali gus memerli anaknya dalam gurauan. "Ish ! Mak ni. Tak baik tau." Adrisya terasa tersindir. Tahu lah dulu masa sekolah rendah tak dapat pergi lawatan, dia menagis tak cukup kain. Tapi itu masa sekolah rendah !! Adrisya memberontak dalam hati. Abah juga mengertawakannya. "Dah lah! Risy nak naik atas dulu. Nak kemas apa-apa yang patut." Rajuk Adrisya memuncungkan mulutnya terus naik tangga untuk menuju ke biliknya. "Eleh, merajuk lah tu" giliran Encik Amri pula mengusik anaknya. "Mana ada !" Laung Adrisya dari tingkat atas.

Assalamualaikum, cik dairy.. ni

Adrisya terhenti menulis. Errr... nak gelarkan diri aku apa ek? akak? no! saya? macam nerd sangat saya-awak. Hmm.. Sebelum ni aku gelarkan diri aku apa ye? Arghh ! bantai je lah.. hihi.. Adrisya kembali menyambung mencoret dairynya.

Cik Risya nak habaq, Kemungkinan Cik Risy ni pegi 
ke lawatan MIAT tu .... Repeat ! ! KEMUNGKINAN 
akan pegi. Ckgu suruh prepear. So, Cik Risy ni bawk
lah kelengkapan. Ckgu kate, nnti bole pkai baju biasa.
 Hihi, apa lagi bawak lah kan. Lagi satu takut papekan
 muntah ke makanan tumpah ke, air tumpah ke, kan? mne
tau.. takkan nak pkai je baju tu? eiyuk ! kn dh susah. brg2,
pralatan sek, Cik Risy bwk sikit je.. Ltak dlm satu fail. Klu
Btul Cik Risy pegi, brg2 tu Cik Risy mntk tlog Reena pgang
kn.. nnty ambik lh balik. K lh Cik Risy nk tido ni. Nk Cas 
bdn.. ngeh3
                          
                                                                                                           9.48 p.m
                                                                                                  21 mei 2013

Selepas Adrisya mencoret Dairynya. Tiba - tiba telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas baru masuk. Adrisya berdebar - debar melihat nama yang tentera di telefonnya. Cikgu Emma ! Kenapa erk? aku di cancelkan ke? Tanpa melengahkan masa lagi Adrisya terus membuka mesej daripada Cikgu Emma. 

Jgn lupa bwa borang kebenaran sok

Fuhh ! Adrisya menarik nafas lega. Ingatkan cikgu kata 'wani, cikgu mintak maaf ye.. kamu tak dpt prgi besok' rupanya suruh bawa borang. Sekali lagi Adrisya menglepaskan nafas kelegaan. Borang? Adrisya tersengeh.Maafkan saya cikgu, borang saya dah buang. Hehe. Masih segar di ingatan sewaktu cikgu Noor kata tempat dah penuh ke lawatan, Adrisya bersedih dan berpura - pura 'cool' depan rakannya. Tiba waktu rehat Adrisya yang ingin mengeluarkan wang belanjanya, terpegang borang berkenaan yang elok berlipat di dalam poket baju kurungnya terus mengoyakkan hingga menjadi kepingan - kepingan kecil. Manakala rakannya sudah melopong melihat tindakkannya. Masa itu Adrisya hanya berkata "Buat apa lagi aku nak simpan? dah aku tak dapat pergi kan? baik aku buang. Kalau tak menyakitkan hati aku je bila aku tengok !" Kata Adrisya sambil tersengih memandang rakannya. Teringat kembali tragedi itu, Adrisya kembali tersengih dan tertawa kecil. Lantas Adrisya mengambil semula telefon bimbit lalu membalas mesej Cikgu Emma.

Almk ! borang kebenaran? sory ckgu.. sye tk tau 
sye ltak mne.. dh ilang.. hehe.. sory..

Send ! kemudian Adrisya meletakkan telefon ke meja kecil de sebelah katilnya. Lalu melelapkan diri. Kalau bohong sunat tak apa kan?? hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan