Rabu, 3 Julai 2013

Bab 1 : 0h, My Crush !!

*Prolog*
     Terlalu asing bagi dirinya yang baru pertama kali untuk menjejakkan kaki di bangunan ini. Dia memerhati sekeliling kawasan sekolah barunya. 'Hmm, boleh tahan. Cantik juga sekolah ni.' 
     "Muz, dah jom kita pergi daftar dulu." Kata Puan Mariam. Muzayyan dan mamanya turun dari kereta tanpa banyak soal dan mengikut sahaja langkah mamanya menuju ke pejabat sekolah. Mujur baru dua hari sesi persekolahan bermula. Tidak lah terlalu rumit sangat keadaannya nanti , pelajaran juga tidaklah terganggu. Lagi-lagi tahun ini dia menduduki SPM. Selepas selesai daftarkan diri di pejabat, Puan Mariam beritahu kelas anaknya seperti yang di katakan oleh kerani di pejabat. Muzayyan, bersalaman dengan Mamanya yang ingin pergi mendaftar Syahin Muzamin, Adiknya di sekolah rendah pula. 

     Muzayyan melilau melihat kawasan sekolah. Ada empat tingkat. 'Tadi mama kata kelas aku tingkat paling atas. Kalau aku ikut tangga ni, kelas aku belah kiri. Hmm' Muzayyan memulakan langkah dengan bismilah. Agar segala urusannya dipermudahkan. Doanya dalam hati. Setibanya Muzayyan berada di tingkat empat. Tiba-tiba dia berasa was-was. Mujur kelas yang Puan Mariam beritahunya tadi berada di hujung blok tengah, ada jalan memisahkan sebuah kelas lagi di hujung. Agak tersorok. Muzayyan buntu seketika. "Betul ke ni kelas aku? aduhh ! Nak tanya siapa ni? dah lah aku tak kenal sesiapa dekat sekolah ni. Kenapa lah tadi masa cikgu sendiri nak tunjukkan, aku jual mahal?! Konon boleh cari sendiri, berdikari last-last habuk pun tarak!" bebel Muzayyan sendirian sambil mundar - mandir di lorong bersebelahan dengan kelasnya sambil memegang dagu memikirkan sesuatu. "Kenapa lah tak ada orang pula time ni?? Ya Allah, hamba mohon kepadamu hantarlah salah seorang umat mu lalu di sini agar hambamu ini dapat mengetahui dimana kelas hamba berada. Aminn !" Sebaik sahaja Muzayyan meraup tangan ke wajahnya, tiba-tiba muncul dua orang pelajar perempuan lalu di hadapan kelas yang dimaksudkan Puan Mariam. Muzayyan tersenyum. Alhamdulillah !! My angle !!
     "Errr.. tumpang tanya. Mana satu kelas lima Tasawwuf?" Muzayyan menguatkan sedikit suaranya agar dua orang pelajar perempuan itu perasan akan kehadirannya yang ingin bertanya. Kedua-dua pelajar perempuan itu berhenti, dan memalingkan wajah kebelakang.
     "Lima Tasawwuf?" soal salah seorang murid perempuan itu, meminta kepastian.
"We, aku masuk dulu lah ek. 'Tangki penuh', dah nak meletop!" Kata seorang lagi murid perempuan itu dengan muka sudah berkerut-kerut. "Haa? yelah.Dari tadi tahan, kang 'pecah' susah pulak nanti." Usik murid yang menjawab soalanya tadi sambil tersenyum geli hati melihat reaksi 'kecemasan' rakannya. Murid yang di katakan 'tangki penuh' itu terus meluru pergi masuk ke sebuah bilik. Tandas mungkin. Murid perempuan, tadi memanjangkan sedikit lehernya ke arah pintu kelas di sebelah kiri Muzayyan, sebelum bersuara. "Yang ni lima Tasawwuf" Murid itu menunjukkan dengan jari ibunya, lalu terus pusing ke belakang dan bergerak meninggalkannya. "Terima kasih" laung Muzayyan kerana murid itu jauh darinya. Muzayyan tersenyum. 'Terima kasih my angle' Ucapnya sekali lagi cuma di dalam hati. Alhamdulilah, terima kasih Ya Allah. Muzayyan terus mengetuk pintu kelas dan memperkenalkan diri kepada guru yang sedang mengajar.

     *Bab 1*

         Assalamualaikum ! Nama aku Adrisya Alwani Binti Lakmalamri atau nama pendeknya Risya. Umur aku 15 tahun pada tahun ni,  sekejab aje kan masa berlalu. Aku selalu sangat tersasul dengan rakan 'facebook' aku yang umur aku 14 tahun. haha. Oke ! Back to topic ! Aku ada rakan yang bernama Aliya, Reena, Syikin, Fatihah, Illiana dan ramai lagi. Tapi ni kategori top 5 la.. yang paling rapat. Kawan aku yang Fatihah ni banyak crush dia. Kalau nak cakap memang tak tertulis. haha. Dalam cerita ni pun banyak pasal dia sebab 'crush' aku ni pun...

          "Risya !! apa yang kau buat tu?? duduk tersenyum sorang-sorang. Kau ni dah angau ke sasau?" aduii mak ni.. kacau la. Orang baru je nak merajinkan tangan nak buat dairy. Runggut Adrisya dalam hati. "Mana ada lah mak.. orang baru je nak merajinkan diri nak tulis dairy" ujur Adrisya sambil buat duckface. "Tulis dairy? kau tulis? hmm.. berapa helai je la tu nanti.. lepas tu da stop, macam la mak tak tau perangai kau tu" sinis Puan Zuridah. "InsyaAllah kali ni tak hehe" Azam Adrisya. Lagi pun, dah banyak helai juga yang dah aku tulis. Adrisya menutup dairynya dan simpan di dalam beg sekolah. "Mak, Risy pergi dulu lah ni. Nak pukul tujuh dah ni." Kata Adrisya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. "Kau pergi sekolah awal-awal ada ke orang?" ujur Puan Zuridah, risau. "Dah ada dah. Kalau tak ada orang Risy pun tak nak pergi awal-awal. Takut" ujur Adrisya sambil mencium kedua belah pipi Puan Zuridah. "Hmmm, hati-hati. Dengar betul-betul apa yang cikgu ajar tu" pesan Puan Zuridah menghantar anaknya di pintu rumah.


          Adrisya melangkah masuk ke sekolah dan terus pergi ke tapak perhimpunan. 'Mana dorang ni? ni mesti lewat ni.. asyik aku je yang datang first.' Rungut Adrisya sambil duduk di tapak perhimpunan, di mana semua pelajar perlu berkumpul sebelum masuk ke dalam kelas. Setelah 10minit menunggu akhirnya rakan sekelas Adrisya sampai. "Hello friends! lambat hari ni sampai.. muka bersinar-sinar je ni.. ada pape ke?" Dari jauh Adrisya mengusik rakannya. "Memang ada pape pun.." jawab Fatihah sambil tersenyum lalu duduk di hadapan Adrisya. "Apa kisahnya ni? cerita la sikit.. kitakan kawan." Pujuk Adrisya tapi yang selebihnya membodek ! "Tapi kau kena janji dengan aku, kau takkan cerita dekat sesiapa. Macam sebelum-sebelum ni. Boleh?" Kata Fatihah sambil menunjukkan jari kelingkingnya dihadapan muka Adrisya. "Kau ni.. macam tak biasa pulak dengan aku.. sebelum ni ada ke aku cerita kat sesiapa? tak ada kan?" Suaranya kedengaran seperti berjauh hati. "yelah.. saja je test kau, tak payah la nak merajuk.. nak tau cerita tak?" Seusai memujuk Adrisya, Fatihah ketawa. Apa yang kelakar sangat tak tau lah. "Hmm.. so, apa cerita?" tanya Adrisya dengan penuh teruja. "Semalam kan.. aku ada nampak budak kat sekolah kita ni.. muka dia ala-ala macam Irwansyah." Meleret perkataan dia yang terakhir. "Eh ! serius ke weyh? ke kau menggigau malam tadi ni? tapi kalau betul nak tengok jugak muka dia." Kata Adrisya sambil menampar lembut pipi Fatihah dan keraguan Adrisya membuatkan Fatihah membuat duckface ! Kalau cun tak pe la jugak ! hehe.. Nakal bisikkan hati Adrisya. "Menggigau bendanya. betul lah semalam aku nampak muka dia. Time dia lalu depan kelas kita." Jawab Fatihah sambil meninjau-ninjaukan kepalanya. "Tak ada pulak aku nampak muka dia, yang aku nampak muka Reena ada lah." sambung Fatihah. Manakala Adrisya sudah ketawa terbahak-bahak. "Hai.. suka nampak? asal? mesti gosip ni.. cerita lah.. nak tau jugak." Tanya Reena ingin tahu. "tak ada apa lah.. Fatihah ni.. buat lawak antarabangsa pulak.. dia jumpa Irwansyah dekat dalam sekolah kita ni" Adrisya sambung lagi ketawanya. "ya ! (apa !) aku cakap aku nampak muka macam muka Irwansyah bukan Irwansyah" ha ! hambik sleng korea dia dah sampai.. mentang-mentang lah peminat setia korea.. sampai aku sekali dah syok tengok korea! Running Man ! Kim Jong Kook ! Monday Couple ! haha.. Sarangheo Oppa, Nunna!! semua dia punya pasal.. ayok!' Adrisya mengutuk dalam hati. "So, mana orangnya.. aku nak jug...." kata-kata Adrisya termati di situ apabila cikgu sudah membuat penggumuman suruh beratur mengikut barisan kelas. "Spoil lah cikgu ni.. nanti lah aku cakap" sambung Adrisya.
          "Weh.. Risya.." Semasa cikgu memberi 'bebelan' di hadapan.. Fatihah yang duduk di belakang Adrisya bebisik. "hmm.. kenapa?" jawab Adrisya berbisik juga. "Cuba kau tengok dekat form five tu.. barisan no 2 dari sini.. beg oren tu.." Bisik Fatihah sambil menunjuk-nunjukan kearah yang di maksudkan. "ha.. kenapa dengan mamat tu?" Tanya Adrisya apabila dia sudah dapat tangkap orang yang Fatihah maksudkan. "Tu la mamat aku cakap tu.. Irwansyah.. cuba kau tengok muka dia.. ada iras" Terang Fatihah. "Binggai la kau ni.. mana lah aku nampak muka dia.. kalau badan belakang dia tu aku nampak la.." Sekali lagi Adrisya membuat duckface. 'Mana aku nak nampak.. aku nak tengok muka dia.. bukan badan dia.. huh!' sambung Adrisya dalam hati. "Ala.. Risya.. kau usya je lah.. mana tau kejab lagi dia pandang.." pujuk Fatihah dengan nada yang sengaja dilenggokkan. "Tak pun nanti time dia lalu depan kelas kita, aku tunjukkan.. oke?" sambungnya lagi. "Hmm.. oke.." jawab ringkas Adrisya.
           Dua minggu yang telah berlalu membuatkan Adrisya tertanya-tanya macam mana rupa 'Irwansyah' Fatihah tu. "Wey..mana muka irwansyah kau ni wey.. lama dah aku ni 'teringin' nak tengok muka dia tu. Hensome ke? sebijik ke? bulat ke? petak ke muka dia tu" Lemah Adrisya menutur kata. "time dia lalu.. aku panggil kau.. kau tengah borak.. pastu nak marah aku.. time kau dah stanby tak ada pulak dia lalu..Dah tak ada rezeki kau.. nak buat mana mana.. melopong je la" jawab Fatihah dengan ketawa terbahak-bahak. 'Bukkh' satu tamparan melekat di paha kirinya. "Woiii !! sakit la.. aduhhh ! lebam peha aku.." Kalau di ukur muka Fatihah masa ni, mau sedepa jugak ni, eh!  bukan sedepa dah ni.. ni dah lima depa dah ni.. kih..kih..kih.. bisik hati Adrisya.

          "Yang kau senyum sorang-sorang ni dah kenapa?" Pelik saja Fatihah melihat. "Tarakpa (tak ada apa-apa) la.. hihihi" jawab Adrisya selamber sambil buat macam iklan ubat gigi. "wey ! memang hari ni rezeki kau risya ! haha.. tu tengok tu.. tu.." Jawab Fatihah sambil memuncungkan mulutnya ke arah yang dimaksudkan. "apa benda kau ni..  " Rungut Adrisya. "tu.. Irwansyah.. cepat la tengok !! nanti dia duduk ! kau marah kan aku pulak" Desak Fatihah. "oh ! tu orangnya. Not bad la.. ada lah iras sikit muka dia.." Komennya setelah melihat muka 'Irwansyah'.
          Kringgggggg !! loceng dah berbunyi ! ini bermakna waktu ke tiga dah habis ! dah masuk waktu ke empat.. lepas itu rehat ! sukanya !! perut dah buat consert 'rock kapak' dah ni. Girang hati Adrisya bila memikirkan waktu rehat sudah hampir tiba. Sewaktu Adrisya sedang memikirkan nak beli apa di kantin, tiba-tiba dia rasa tangannya di siku. "Kau dah kenapa we? main siku-siku plak ni.. cakap je lah" Marah Adrisya apa bila 'konstrasinya' diganggu oleh Fatihah yang duduk di sebelahnya. Seperti kebiasaannya jika Aliya tidak hadir ke sekolah pasti Fatihah akan mengantikan tempatnya. Fatihah memberikan isyarat mata kearah luar pintu kelas. Kami yang duduk di baris hadapan, tepi pintu agak menyenangkan kami untuk melihat luar. "Dah kenapa?" Soal Adrisya. "eh!  tu kan ir.. aauuu !!" jerit Adrisya tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila pehanya di cubit. "Sakit lah ngek ! aduhh!" sambungnya. "Kau ni.. senyap-senyap dah lah.. kang dia perasan mati aku!" marah Fatihah.
     "Korang ni dah kenapa? dari tadi aku tengok berbisik-bisik.. bukan nak cerita dekat aku.." rajuk Reena sambil membuat duckface. Adrisya yang sememangnya duduk di kerusinya terus berdiri di hadapan meja Reena untuk mencari keselesaan. Adrisya memang suka berjalan, walaupun tidak dapat berjalan dia akan berdiri. "Hok aloh minah ni.. nak mogok lah pulak.. karang aku panggil Amal kau kejab lagi terus elok.. tak pun Zaim lah.. cepat sikit sampai." Adrisya memang kuat menyakat, pantang ada cerita atau apa-apa sedikit pun pasti salah seorangnya menjadi 'bahan'.
     "Risyaaaaaaaaaaaa !!" Pantas Adrisya menekup telinga. ha.. kan dah kena. Aduh.. cair tahi telinga aku, kutuk Adrisya dalam hati. "hoi ! releks lah.. jangan lah mengamuk. aduii.." Adrisya mengosok-gosok kedua belah telinganya sambil mententeramkan Reena yang dah macam gunung barapi nak meletus ! manakala Fatihah pula sudah ketawa terbahak-bahak, apa yang kelakarnya tak tau lah. "Dah lah.. korang ni.. " meleret ayat terakhirnya. "Fatihah kau kata Irwansyah tu crush kau.. habis yang lain-lain tu macam mana? Syazmir lah, Syakir lah, Nizman lah, Choo, lagi sorang tu siapa? haa.. Mr. Liew kau tu nak campak mana?" punya lah banyak dia punya crush, ujur Adrisya dalam hati. "Always in my heart" hanya sepotong ayat tu saja yang keluar dari mulut Fatihah. "uwekkk !!" lantas Adrisya membuat gaya bagai nak termuntah sambai terbongkok-bongkok badannya.
     "Heyy" ujur Cikgu pratical yang sememangnya rapat dengan kami semua. Terutama sekali Adrisya yang ringan mulut untuk berborak.  "Hey cikgu.." jawab kami bertiga. Pelik! 'sekarang bukan ke masa Bahasa English ke? kenapa pulak Cikgu Emma pulak yang masuk?' Monolog Adrisya. "cikgu relief ke?" tanya Reena, macam tahu-tahu je aku nak soal Cikgu. "iya lah sayang" Jawab Cikgu Emma.
          "Wani, awak tak nak join pergi lawatan ke MIAT." guru-guru memang sering memanggil Adrisya dengan panggilan Wani, tetapi jika rakan-rakannya memanggilnya Wani, Adrisya akan menentang kerana dia lebih selesa dengan panggilan Risya. "ha? pergi mayat?" Terbuntang mata Adrisya apabila mendengar Cikgu Emma beri tahu pergi ke mayat. 'Biar betul cikgu aku ni.. tak nak aku join.' Adrisya bermonolog. Manakala Reena , Fatihah dan Cikgu Emma sudah ketawa terbahak-bahak, tambah pelik Adrisya di buatnya. " Apalah kamu ni Wani. Bukan mayat lah sayang.. tapi MIAT, Malaysian Institute in Aviation Technology.. nak join tak? lawatan sambil belajar.. lepas kita pergi sana, kita pergi naik cruise pulak. Jom lah.. rugi tau tak pergi dapat sijil, lagi pun balik hari" terang Cikgu Emma. "oh.. bestnya,, dapat sijil pulak tu... wey.. jom lah.." Adrisya mengajak kawan-kawannya sekali. "tarikhnya bila cikgu?" soal Fatihah pula. "22 mei ni.. jom lah" sekali lagi cikgu emma mengajak.
     "Laaahhh !! 22 ni saya tak ada cikgu! ruginya.. nak ikutttt !!!" rengek Fatihah. "Kamu pergi mana?" soal cikgu pula. "Langkawi cikgu.." serentak Adrisya dan Reena menjawab. "Tapi saya nak ikut.. bestnya cikgu.." rengekkan Fatihah lagi. Cikgu Emma hanya tersenyum. "Cikgu.. saya nak ikut.. macam best je.. hmm.. tu form berapa je cikgu? RM?" Adrisya pula. "RM 40 je.. sebab naik cruise tu RM 20, tu sebenarnya untuk form 5 tapi ada kosong.. form 4, form 3 pun ada." Sekali lagi cikgu Emma terangkan dengan lebih detail. "oh.. saya nak join.. tapi saya tak ada geng lah cikgu.. Reena ni confrem tak boleh.. fatihah pun.." Adrisya meluahkan perasaannya. "Ala.. kamu ni.. jom je lah.. kalau kamu tak ada geng kamu jadi je lah geng cikgu. Bukan senang tau nak pergi." Pujuk cikgu Emma lagi. "urmm.. tengok lah macam mana. Saya tanya mak saya dulu.. apa-apa hal saya jumpa cikgu esok erk?" jawab Adrisya. "oke yang.. apa-apa cari cikgu dekat bilik sukan ya" Jawab Cikgu Emma sambil beredar ke meja guru. 'Esok aku nak tanya Iliyana and Aliya ajak dorang pergi hihii.' Adrisya monolog. "weyh ! kau dah kenapa?" sergah Reena. "Mana ada apa-apa. Kau ni.. tak baik tau sergah-sergah.. kalau jantung aku terkeluar macam mana? siapa nak bertanggungjawab?" hah! ambik ceramah free dari Adrisya. "tak ada lah.. kau tu tersengih sorang-sorang.. aku nak bercerita ni." Fatihah memback-up Reena yang sudah tersengih-sengih !

          "Makkkkk !!!" Sebaik sahaja sampai di rumah Adrisya terus mencari mak kesayangnnya. "Mak kat dapur ni.. kenapa? tak menyempat nak masuk" bebel Puan Zuridah apabila melihat kelibat Adrisya yang masih di depan pintu. "Kejab" Jawab Adrisya yang masih di muka pintu sedang membuka kasut. "Ni.. Risya nak cakap dekat mak.. boleh tak kalau Risy nak pergi Lawatan ke MIAT, bukan mayat tau..!" Adrisya tersengih apabila teringat kesalahnnya di sekolah. "MIAT ni nama panjangnya Malaysian Institute in Aviation Technology. Bayar RM40 je.. lepas tu kitorang pergi naik cruise dekat Putrajaya. Cikgu kata naik tu je 20 hengget. Boleh tak mak Risya pergi? Balik hari.. tak tidur sana pun. Pergi 22 Mei ni." Sambung Adrisya dengan lebih 'detail'. "Suka hati kau lah. Kawan kau siapa je pergi?" Puan Zuridah memberi restu melepaskan Adrisya. "a'ah kan? siapa je? alaa.. Risy tak ada kawan lah.. Fatihah pergi Langkawi. Reena memang tak boleh lah. Sekejab Risy nak telefon Illiana dengan Aliya, tadi diorang tak datang sekolah." Runggut Adrisya terus meluru pergi ke biliknya. Sejurus Adrisya masuk bilik, dia terus mencapai handfone nokianya lalu mencampakkan dirinya atas katil. Hampir 20 minit dia bercakap dengan kedua-dua orang rakannya, tetapi Adrisya belum mendapat kata putus dari kawannya, kedua-duanya bagi jawapan yang sama. "pape esok lah aku bagi tau. Nak tanya mak aku dulu, esok aku bagi kata putus oke." copy paste ke apa dorang ni? sama je ayat. Mesti dorang dah contact dulu kan? haish !! runggut Adrisya dalam hati.

          Setelah mendengar penjelasan Aliya dan Illiana secara automatik pipi Adrisya seperti ikan buntal, wajahnya kelat, masam mengalahkan cuka !! "Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!! Aliyaa... sampai hati kau.. tak nak join aku.. uhuk-uhuk !!" Jerit Adrisya. Tapi tak macam tarzan ye! jerit pelahan-lahan je! cukup hanya mereka berempat yang mendengar. "Yana pun sama !! tak suka lah macam ni ! Aku tak nak kawan kau, kalau tadi kau kata tak nak join !" seusai bicara secara perlahan-lahan Adrisya mengukir senyuman.

     Lantas Adrisya memeluk Illiana  "Hahaha! yana !!!! aku sayang kau !!!! terima kasih yana !! dapat lah aku merasa nak naik cruise tu nanti." Mulut Fatihah dan Reena sudah berbentuk '0' terutama sekali Aliya dan Illiana. 'Risya ni betul ke tak ni?' mungkin itu yang mereka fikirkan. "Risy.. kau biar betul ni? kau ni dalam keadaan apa sekarang ni? marah ke? gembira atau sedih? confius lah aku" tanya Reena pula. "Ala, korang ni relex lah.. aku saja je buat ayat suspen.. buat action camen takkan itu pun nak takut." jawab Adrisya sambil ketawa terbahak-bahak 'suka aku dapat kenakan diorang.. haha' monolog Adrisya. "Habis tu kau tak marahkan kitorang lah ni?" tanya Aliya pula. Minta kepastian. Mungkin rasa cuak tadi tidak habis lagi. "Tak ada lah. Saja je. Buat suspen. Lagi pun buat apa aku nak marah kau. Aku faham kalau kau tak dapat pergi. Lagi pun kalau aku paksa kau pergi, takkan aku pulak nak tambangkan untuk kau. Aku mana ada duit." Panjang penjelasan dari Adrisya.
      "Yang yana ni pulak aku saja je nak test dia tadi." Sambung Adrisya. "Lagi pun kalau korang tak pergi aku pun mesti tak pergi. Sebab aku tak ada kawan. So, aku anggap je lah dah tak ada rezeki aku nak pergi sana. Reda je lah kan?" Adrisya sambung lagi keterangannya biar rakannya faham apa yang dia rasa. Isi dan luahan hatinya yang sebenar. chewah ayat. Hihi.