Rabu, 18 Disember 2013

Bab 4 : Oh, My Crush !!

          Adrisya kelihatan seperti cacing kepanasan apabila melihat tiada seorang pun pelajar di laman ilmu tempat sepatutnya pelajar yang pergi ke Lawatan MIAT akan berkumpul di situ. Mana semua orang ni? Cikgu pun tak nampak ! Aku dah datang lewat sepuluh minit pun masih tak ada orang. Apa cer ? Udah lah aku bawak beg besar. huaaaa !!! Cikgu mana Cikgu ni ??? Aku hantar mesej cikgu tak reply. Macam mana ni? Mana aku nak duduk? Rintih Adrisya yang sudah hendak menangis. Eh, kejab - kejab. Itu bukan ke Reena dengan Aliya ke ? Adrisya mengecilkan matanya dan memfokus ke arah yang dia maksudkan. Eh, betul lah ! Adrisya hampir terlompat kerana terlalu gembira melihat rakannya sudah ada.
     Dengan senyuman lebar Adrisya melangkah ke arah dua orang rakannya yang sedang rancak berbual. "Weyh, korang ! Aku takut" Sebaik sahaja Adrisya sampai di hadapan rakannya. Terus saja dia mencangkung sambil memegang tangan Reena dan Aliya sambil memandang kiri dan kanan, lagaknya tak ubah seperti di serang penjahat. Sayu saja bunyi nada suaranya. "Astarfiruallahalazim. Weyh minah! kau nak bagi aku dengan Reena ni kiok cepat ke?" Marah Aliya apabila di terjah sebegitu. Adrisya hanya tersenyum tawar sambil membetulkan kedudukkannya dari cangkuk ke duduk bersila. "Apa yang kau takut sangat ni? kau nampak hantu ke apa? sejuk betul tangan kau ni. Macam baru keluar dari peti ais. Kalah Reena." bertalu-talu soalan yang menerjah ke telinga Adrisya. Reena hanya senyum lebar.
     Selalunya memang Reena saja tangannya sejuk beku dan selalu menjadi bahan usikkan mereka. "Aku seram lah. Pasal nak pergi lawatan tu lah. Cikgu kata aku boleh join, stanby je . . aku pun bawak lah barang - barang. Tapi tengok macam tak ada orang je. Kalau aku tak jadi pergi macam mana? Mana aku nak letak barang aku ni? Dah lah hari ni ada kelas BM. Mau aku kena usik dengan cikgu Hisyamuddin. Teruk beb kalau kena usik dengan cikgu tu. Kau macam tak tahu. Cukup lah si Nanthini tu selalu kena 'bahan' dengan cikgu. Aku tak nak ! Tak sanggup !!!" Adrisya meluahkan segala terbuku di hati. Rasa cuak, gementar, dan takut kepada kedua - dua orang temannya itu. Adrisya juga tidak sanggup menjadi seperti rakan kelasnya yang berbangsa india itu. Gila woo ! siapa kut sanggup kena bahan. Dengan cikgu pulak tu. ergh ! Seremmm ! !
     "Lah, relex lah. Kejab lagi ada lah orang tu. Bertenang oke? Tarik nafas dalam-dalam." pujuk Reena sambil membuat 'demo' tarik nafas. Aliya hanya mengelengkan kepala melihat kekalutan Adrisya. "Ha, tu dia Illiana" Kata Aliya sambil memuncungkan mulutnya ke arah Illiana yang tersenyum-senyum melihat Adrisya yang sudah seperti cacing kepanasan. Adrisya berpalingkan kepala, lalu terus menerpa kearah Illiana yang masih jauh dari arah tempat mereka berkumpul. "Weyh, Yana aku ni macam mana? Aku takut. Tolong aku." Rintih Adrisya lalu mengoncang-goncang tangan Illiana. "Macam mana apanya? Apa yang kau takutnya? Nak kata hantu. Hantu mana ada subuh-subuh. Ke kena ngorat?" Teka Illiana. "Bukan lah !" Rengek Adrisya yang dah macam kanak-kanak yang nak makan ice-krim. Perangai macam budak-budakkan? "Dah tu?" soal Illiana lagi lalu duduk di hadapan Aliya dan Reena dan di ikuti Adrisya. Pegangan tangannya masih belum di lepaskan.
     "Dia tak tahu status dia sekarang macam mana." Bicara Reena membuatkan Illiana terkedu dua saat. Diulang cuma dua saat, atau bahasa omputih, two second ! "Jadi betullah aku teka tadi? kau kena ngorat?" Sepantas kilat peha Illiana menjadi mangsa Adrisya. "Banyak lah kau punya kena ngorat ! Mana adalah, takda siapa pun nak kan aku ni." Kata Adrisya lalu meletakkan beg di sisinya dan memeluk lutut. "Ni aku takut, risau pun ada. Aku ni macam mana? Pergi ke tak ke lawatan tu? Kalau tak pergi macam mana? Huaaa !!" Kata Adrisya lalu meletakkan kepalanya di atas lutut. "Cikgu contact kau tak semalam?"
     "Ada. Cikgu suruh aku stanby je." Terang Adrisya
     "Kalau cikgu dah kata macam tu, insyaAllah kau pergi. Kau sabar oke?" pujuk Illiana pula.
     "Kau dah jumpa cikgu ke belum?" Tanya Aliya. Belum pun sempat Adrisya menjawab Reena mencelah. "Haa. Panjang umur cikgu. Tu pun." Kata Reena membuatkan semua rakannya perpaling mengikut muncung Reena melihat cikgu yang baru masuk ke halaman sekolah. "Cikguuuu" Rintih Adrisya lagi sambil mendepakan tangannya ke arah Cikgu Emma yang jauh jaraknya. Dalam 45 - 50 kaki. Belum sempat Aliya membuka mulut Adrisya sudah bangun dan menarik lengan Illiana. "Jom teman aku pergi jumpa cikgu." Kata Adrisya terus menapak, membuatkan Illiana hampir tersungkur.
     "Adoii, woii . . Hati - hati lah sikit. Nasib baik aku tak jatuh tergolek tadi. Kalau tak malu je aku tahu tak? aduiii.. Risya !! Cuba lah kau bawak bersabar sikit." Bebel Illiana manakala Adrisya pula hanya mengumam. "Kau jangan banyak cakap boleh tak? Cepat lah. Nanti cikgu naik tangga tak sempat pulak aku nak cakap !" Marah Adrisya dan menambahkan lagi laju kakinya. Berlari anak. Illiana sudah tidak berkata apa, hanya mengeluh kasar. Sampai saja di hadapan cikgu, Adrisya dan Illiana sudah 'pancit'. "ha, kenapa ni? macam berlari 3 pusingan padang je." kata Cikgu Emma sedikit pelik melihat anak muridnya itu. "Memang kami berlari cikgu." Kata Illiana yang masih'semput' "Kami kejar cikgu, saya nak tanya ni cikgu. Saya ni macam mana? saya pergi ke tidak?" Terus Adrisya menyoal. Tak ada coner-coner lagi, straight to the point !! Cikgu Emma tersenyum. "Kamu duduk je dekat laman ilmu ya? nanti Cikgu panggil nama kamu."
    "Oh, oke . . tapi saya ni pergi ke tak cikgu?" soal Adrisya lagi. Tapi jawapan daripada Cikgu Emma sedikit mengecewakan Adrisya. Nak tahu apa jawapan cikgu? Senyum dan berlalu macam tu aja. Aduhh cikgu, jangan lah main teka-teki dengan sayaaa !! jerit hati kecil Adrisya. "So, macam mana?" Illiana menyoal dari mendiamkan diri dari tadi. "Seorang anak murid yang solehah mesti mendengar kata gurunya. So, apa lagi jom lah duduk laman ilmu. Kita ambik barang dekat dorang oke?" Sempat pula Adrisya mengeluarkan sedikit ceramahnya sebelum mengeluarkan pendapat. "Baik lah, anak murid yang tak lah berapa solehah." Sindiran Illiana bukan menyakitkan hati Adrisya malah membuatkan Adrisya tertawa. Illiana pada mulanya memasamkan muka. Tetapi bila melihat Adrisya tertawa, Illiana juga turut tertawa.
     Sekali lagi Aliya dan Reena menjadi mangsa kejutan Adrisya. Apabila mendengar bebelan mereka berdua Adrisya hanya tersenyum kera. Kera? senyum? hermm.. Macam mana kera senyum ya? Selepas Adrisya dan Illana melangkah ke Laman Ilmu dengan barang - barang mereka, Adrisya sibuk menanyakan barang yang di bawa oleh Illiana. Serba satu ingin di ketahuinya. Daripada rambut hingga ke kaki semua nak tau !.
     "Weyhhh ! Alamakkk ! Selipar aku lupa bawak lah. Macam mana ni? tengok jam , tengok jam ! Tadi aku dah stanby selipar dah. Macam mana aku boleh lupa nak ambik? Argh!!" Adrisya marahkan diri sendiri. Adrisya gabra. Iya lah, cuba bayangkan, dah pakai baju biasa dengan seluar jin dah cun - cun tiba - tiba pakai kasut sekolah !! Oh, My ghoss !!! Apabila melihat jam baru menunjukkan jam 7.08 pagi. Adrisya sekali lagi menarik Illiana. "Kau nak ajak aku pergi mana pulak ni? aduh minah ni !" Kata Illiana yang sedikit geram dengan tingkah Adrisya. "Balik rumah aku sekejab ! please, please, pleasee" Rayu Adrisya.
     "Macam sempat !"
     "Sempat!"
     "Weyh, mana sempat ! kang tak pasal-pasal kena denda. Aku tak ambik resiko weyh!" Kata Illiana sedikit berat hati untuk mengikut langkah Adrisya.
     "Aku kata sempat, sempat lah. Jangan banyak bunyi boleh? kalau kau jalan macam siput memang lah tak sempat. Sekarang kau tutup mulut then teman kan aku balik sekejab oke?" Sempat pula Adrisya membebel.
     "Nanti pak gad marah lah" Illiana masih mencuba nasib.
     "Tak adanya, cepat lah!" Adrisya terus mencapai tangan Illiana yang sudah mencerutkan muka. Sampai sahaja di hadapan pakcik jaga, Adrisya terus meminta kebenaran untuk pulang ke rumah untuk mengambil barang. Dalam perjalanan pulang kerumah sempat lagi Illiana membebel.
    "Weyh kau tahu tak, kalau kita balik rumah kau dalam tujuh ke lapan minit tau kalau jalan kaki."
    "Lima minit pun boleh sampai" belum sempat Adrisya menghabiskan kata-katanya Illiana menyampuk.
    "Itupun kalau naik kenderaan. Bolehlah sampai dalam masa lima minit!"
    "Aku tak habis cakap lagi oke?! please listen." Illiana hanya membuat muka toya. Adrisya sudah berang lapan peratus. "Lima minit pun boleh sampai kalau kita tak jalan macam siput. Kalau kita jalan macam lipas kudung mesti lah boleh sampai." terang Adrisya. Membuatkan Illiana mengalah.
     "Yelah-yelah" Illiana sudah semakin pancit. Bayangkan lah dalam masa tiga minit sudah separuh jalan. Tepat jam 7.13 pagi Adrisya sudah sampai di hadapan rumah. Adrisya melihat selipar yang harus dia bawa bersama elok terletak di depan pintu rumah. Adrisya memanggil Emaknya, suruh membuka pintu untuk mengambil plastik. Selesai Adrisya masukkan seliparnya di dalam plastik jam sudah menunjukkan tepat 7.15 pagi. Sempat juga Adrisya mendengar bebelan dari pada Emaknya. Jawapan daripada Adrisya hanya melemparkan senyuman. Senyum kan sedekah. Dapat pahala, kalau menjawab dapat dosa, kan? kan?

          Dalam perjalanan kembali ke sekolah, Illiana sambung bebelannya apabila melihat jam tangan sudah hampir menunjukkan jam 7.20 pagi. Oh goshh !! Lagi dua minit lagi loceng sekolah akan berbunyi !! "Risy.. dah nak dekat bunyi loceng dah ni.. aduhh.." Suara Illiana sudah bertukar. Macam nak menangis. "Diam lah ! dah jom kita lari sikit." Cadangnya dan terus memulakan langkah. Sebalik sahaja mereka melangkah masuk dalam sekolah, loceng pun telah berbunyi. Fuhh, nasib baik sempat ! "Kan aku dah cakap sempat. Kau tak percaya. Dah jom kita duduk dekat laman ilmu, dia dorang nak beratur dah tu." Sempat lagi nak belagak.
     Cehh ! macam nak putus segala urat sendi, tulang- temulang aku tau tak?!! Marah Illiana, tapi cuma terluah dalam hati. Cuma dia bagi 'hadiah' istimewa pada Adrisya. "Auchh !! hehe.. jangan lah marah aku. Alolo, baby buchuk sorang ni. Dah jom" Adrisya tersengeh sambil menggosok kesan cubitan di lengannya.

Ahad, 20 Oktober 2013

Bab 3: Oh, My Crush !!

          Adrisya mundar - mandir di hadapan kelasnya. Gelisah. Itulah yang Adrisya rasa sekarang. "Aduhh ! mana Cikgu Emma ni ? Cikgu lagi sorang tu pun tak nampak . . Puas aku cari. . Atas, bawah, sana, sini tak jumpa. Cikguu ! Mana cikgu menyorok? aduiyai" Bebel Adrisya sendirian. Sudah lah hari ni last dapat bayar.  Tak pasal - pasal aku tak dapat pergi, mahu menangis berlagu aku. Secara tiba - tiba Adrisya teringat akan lagu yang sekarang makin popular di radio. 'Sepi hatiku, galau jiwaku, apa tajuk lagu ni ek? kena pulak dengan keadaan aku sekarang ni.' Adrisya bernyanyi sepotong daripada lagu itu dalam hati.
     "Ala, kau ni . . relex lah . . kejab lagi ada lah cikgu tu. Tak ada lari kemana cikgu emma tu." pujuk Illiana dan ingin mengusap belakang temannya itu, tapi pantas ditepis. " Kau boleh lah cakap . . kau dah bayar ! Dah lah bayar tak ajak !" tempek Adrisya melepaskan geramnya pada Illiana. Manakala Illiana hanya tersengeh. "Aku ajak. Kau yang tak bawah duit." Illiana membela diri apabila dirinya di persalahkan. "Dah la weh. . jangan lah bergaduh. . apa lah korang ni." pujuk Fatihah pula. "haa ! tu cikgu Noor. Pergi lah bayar."  Sambung Fatihah ketika melihat cikgu Noor naik tangga di hadapan kelas mereka. Adrisya terus mendapatkan cikgu yang Fatihah maksudkan.
     "Assalamualaikum cikgu, ni saya nak bayar duit nak pergi lawatan ke MIAT tu." Lancar Adrisya berkata sambil menghulurkan duit yang dia pegang sejak dari tadi "Ala . . sory lah sayang. . tempat dah penuh lah. ." bicara Cikgu Noor sambil memeluk bahu Adrisya. Perasaan Adrisya kala ini sudah bercampur baur antara terkedu, tersentak, terkilan, semua perasaan menjadi satu. Biar betul dah penuh? Tapi hari tu cikgu kata lain.
     "Tapi cikgu, hari jumaat lepas saya dah tulis nama dah dekat cikgu Emma. Cikgu tu kata tu chop tempat dulu." ujur Adrisya masih mencuba nasib. "Hmm, memang lah. Tapi kami ambik yang mana dah bayar je, yang belum bayar tu just untuk spare . . nanti kalau ada yang tarik diri cikgu info ya?" Kata cikgu Noor dan terus berlalu pergi. Adrisya hanya mengumam untuk jawapannya. Ingat aku ni barang dekat kedai ke nak spare-spare? huh!. Hancur lebur angannya untuk menaiki Cruise dan aktiviti yang bakal di lancarkan. Hatinya sudah hujan lebat. Bukan guruh je, tapi dah ribut taufan !
     "Risya, kau oke?" tanya Reena, manakala rakannya yang lain sudah menggerumi Adrisya. Aliya dan Fatihah sudah mengusap lembut belakang Adrisya. "tak . . tak apa. .  aku oke . . korang jangan risau oke? hehe" gagap juga Adrisya untuk menjawab soalan temannya. Sedaya upaya memaksa dirinya supaya bertenang dan kembali pada sifat gilanya itu. Adrisya menarik nafas dalam-dalam. Dan perubahan mendadak Adrisya membuatkan rakannya yang lain terlopong.
     "Weyh ! apa kena korang ni relex lah. .  aku tak apa-apa lah. Yang korang semua buat muka macam tertelan biji durian ni dah kenapa? korang pulak yang melebih ek? lepen (relex) lah. . haha" Sambung Adrisya lalu meninggalkan rakannya sambil tersenyum. Adrisya rasa lain macam kerana terasa dia hanya berjalan seorang diri. Adrisya kembali pusing ke belakang agak terkujut melihat rakannya masih tidak berganjak. "Lah, asal tak bergerak lagi? cepat lah." ujur Adrisya lagi apabila melihat rakan-rakannya memandang pelik ke arahnya. "Weyh ! kau serius ke oke ni? pelik betul lah aku tengok kau ni. Tiba-tiba berubah. Kau sihat ke tak?" Kata Aliya sambil meletakkan belakang tangannya di dahi Adrisya. Pantas Adrisya menepis. "Apa ni, aku sihat lah. Dah lah, jom pergi rehat. Nanti rehat habis, tak sempat pulak nak makan." Kata Adrisya sambil menarik semua pergelangan rakannya.
     Adrisya kembali memandang kearah rakannya. "Korang boleh tak jangan buat muka macam tu dekat aku? apalah korang ni. Relex lah, mungkin dah tak ada rezeki aku nak pergi nak buat macam mana. Mula - mula tadi memang lah aku terkejut. Sekarang aku dah oke dah. Tak akan lah aku nak pergi ugut cikgu tu suruh letak nama aku dalam list tu. Woi cikgu ! letak nama aku sekarang dalam list ! kalau tak siap!. Takkan macam tu? Tak patut." terang Adrisya sambil membuat gaya seperti menumbuk orang. 'Aku tak ada lah kejam macam tu woii ! lagi-lagi dekat orang tua. Agak sikit' Kata Adrisya dalam hati sambil menjeling rakannya walaupun dalam hati sudah banjir kilat, ribut taufan, tapi Adrisya sedaya upaya melemparkan senyuman. Rakannya tergelak mendengar celoteh Adrisya lalu terus membuka cerita yang lain.

         "Adrisya !!!"
'Fuhhh ! kus semangat. Nasib baik aku tak ada penyakit lemah jantung kalau tak dah lama aku padam dekat sini juga ! Memang tak sayang nyawa kawan betul lah minah ni,' Bebel Adrisya dalam hati apabila rakannya menjerit namanya serentak dengan menepuk kedua - dua belah bahunya. Adrisya apalagi bagi hadiah jelingan maut lah dekat Illiana. Tambah sakit hatinya apabila melihat senyuman yang terlukis diwajah temannya itu. Adrisya menarik nafas dalam-dalam sambil menutup matanya dan . . "Weyh ! kau ni memang tak sayang kawan kan? kau nak aku ni kiyok cepat ke? kalau buatnya jantung aku terstop kat sini macam mana? Tak sempat aku nak merasa alam perkahwinan. Lagipun amalan aku tak cukup lagi. Tak taubat nasuha lagi tau. Tak sempat nak mintak ampun dengan mak abah aku !" Rasakan peluru das dari mulut Adrisya ! dengan sekali nafas Adrisya melemparkan amarahnya kepada Illiana.
     "Perghh !! boleh bernanah telinga aku ! relex lah sis .." belum sempat Illiana menghabiskan ayatnya Adrisya sudah potong. Geram punya pasal. "Banyak lah kau punya relex" manakala Aliya dan Reena sudah mengekek ketawa. Lawak sangat ke? choii ! "Sabar lah kau ni pun ! aku tak habis cakap lagi. Aku percaya kalau aku cakap ni mesti kau terangkat sikit." Adrisya mengerling lagi kearah Illiana. Boleh percaya ke? Adrisya menjebirkan bibirnya. "Jebik-jebik, ingat lawa sangat lah tu !" tergelak Illiana dengan reaksi temannya itu. "Tadi, lepas rehatkan ada last perjumpaan ke MIAT tu. Asal kau tak join?" Tanya Illiana.
"Buat apa aku nak susah payah tadah telinga dengar cikgu bebel kalau nama aku tak ada, memang tak lah kan aku pergi. Buat sakit hati je" Bicara Adrisya dengan nada sayu itu membuatkan Illiana tersenyum kecil. Manakala Aliya dan Reena hanya mendengar.
"Lah.. iya ke nama kau tak ada ke? Kesian." Kata Illiana menambahkan lagi minyak di dalam hati Adrisya yang sudah siap sedia terbakar. No more MIAT ! Noktah! empat patah perkataan itu mampu membuat hatinya terbakar. Terbakar dengan api cemburu !
     "Tapi aku pelik lah. Tadi aku dengar nama siapa ye dekat dalam senarai lawatan tu cikgu sebut tadi? Adrisya Alwani Binti Lakmalamri. Urmm. Rasanya tak salah dengar tadi." Sambung Illiana sambil mengosok-gosokkan dagunya lagak seperti penyiasat !
"Nama aku lah tu. Hai, parah betul kau ni. Nama kawan sendiri pun takkan lupa kot." Malas saja Adrisya menjawab. 'Apa lah dia ni, dah sah-sah nama Adrisya Alwani nama aku. Tanya budak empat tahun pun boleh jawab tau. Eh ! kejab-kejab, nama aku? nama aku dekat list MIAT ?'
     "Wait, boleh tolong repeat tak apa kau cakap tadi? Tak berapa nak jelas lah." Kata Adrisya terkebil-kebil matanya sambil merapatkan telinganya dengan muka Illiana. Manakala senyuman Illiana sudah semakin lebar. Suka lah tu!
"Aku. Kata. Tadi. Aku. Dengar. Nama. Adrisya. Alwani. Ada. Dalam. List. Lawatan. Ke. MI.AT." Sebutir-sebutir Illiana menyebut. Kalau tak dengar lagi aku tak tahu lah. Bisik hati Illiana.
"Yahoooo !! serius we? yeahhh !!" Hampir sahaja Adrisya melompat. Cuma tangannya saja tidak sempat dikawal, apabila kedua-dua tangannya sudah dinaikkan keatas. Tapi aku tak boleh gembira sangat. Walaupun Yana kata nama aku ada. Tak semestinya aku dapat pergi. Adrisya menurunkan tangannya perlahan-lahan dan mengeluh.
"Laa.. Kenapa masam balik ni? tadi kemain ceria" Pelik Aliya, Reena dan Illiana.
"Aku tak semestinya dapat pergi. Cikgu pun kata cikgu ambik orang yang dah bayar je kan? Aku belum bayar." Sedih saja nada suaranya membalas kata-kata Aliya. Bukan suara saja tapi hati juga ok!
"Ala.. jangan lah sedih. Nanti kita sama-sama tanya cikgu ok. Aku rasa kau ada peluang" Balas Reena pula sambil mengusap perlahan belakang Adrisya. Memujuk ! Kata-kata semangat rakannya itu membuatkan Adrisya tersenyum kecil. Sayang korang ketat-ketat !!

          Sewaktu Adrisya dan temannya berborak sakan, tiba-tiba terhenti apabila Cikgu Emma masuk ke dalam kelas dan memanggil Adrisya dan rakannya yang mengikuti lawatan ke MIAT. Serentak dengan itu, tiba-tiba hati Adrisya terpunggut menjadi sayu. "Cikgu . ." kata Adrisya tergantung di situ membuatkan Cikgu Emma menjadi pelik. "Kenapa ni ?" ujur Cikgu sambil memeluk bahu Adrisya dan memandang rakannya yang berdiri di sekelilingnya. "Tadi saya nak bayar duit ke MIAT tu cikgu. Saya cari cikgu, tapi saya tak jumpa. Kebetulan kawan cikgu tu. . siapa nama tu? haa.. Cikgu Noor tu naik tangga. Lepas tu saya terus lah berjumpa dengan dia kata nak bayar duit tu. Lepas tu cikgu tu kata tempat dah penuh. So, saya tak boleh nak join lah cikgu." Mengadu Adrisya. Haisy ! berapa banyak kali dah nak cakap lepas tu, tu, lepas tu, tu ? dah tak ada ayat lain dah ke ? Ayoo ! Apa lah kau ni Risya. Omel Adrisya dalam hati.
     "Ha? Dah penuh? Iyeke? Hmm . . Tak apa lah nanti cikgu pergi cheak balik ye? Takmo sedih-sedih. Habis yang lain ni pergi tak?" Ujur Cikgu Emma.
"Saya tak pergi. Mak tak bagi." ujur Reena sambil memekkan mukanya. Sedihlah konon.
"Saya pun sama dengan Reena. Tak dapat pergi. Tapi saya nak pergi. Tapi mak pula tak bagi." Berapa banyak tapi daa si Aliya ni . . Eleh ! cakap orang dia pun sama tadi. Adrisya tertawa kecil dalam hati membuatkan dia tersenyum sumbing. Manakala Aliya sudah mengerling kearah Adrisya. Apa kes pula minah ni? tadi kononnya sedih lepas tu senyum pula. Ni mesti kes mengutuk orang ni. Urmm.
     "Saya ke langkawi. Tapi saya nak joinnn !" Kata Fatihah. Macam meraung pun ada juga. Orang hilang suami. kahkah ! Manakala Cikgu Emma hanya tersenyum. Macam-macam perangai.
"Oh ! kiranya semua tak dapat per.." 
"Chop ! Saya dapat pergi." pantas saja Illiana memotong. Sory cikgu saya potong cakap cikgu!  Illiana bermonolog sambil membuat iklan colgate. Kalau cantik tak apa lah juga kan? ops ! hehe..
"Aik! macam mana kamu boleh pergi pula? tadi kata tempat dah penuh." Pelik cikgu Emma dengan anak muridnya yang sorang ini.
     "Saya dapat sebab saya bayar hari Khamis cikgu, masa hari guru tu. Memandangkan hari jumaat tu cuti. Kalau tak semalam juga saya baru bayar. Tapi saya takut saya lupa." cerita Illiana.
"Hurmm patut lah. Kamu kenapa tak bayar time tu juga Wani?" Adrisya kembali menarik muka bila di fikirkan, kenapalah aku pun tak bayar time tu? kalau tak mesti aku dapat tempat ! Arghhh !!. Sedih, Kecewa, Terkilan dan seumpama dengannya telah melanda jiwa dan raga Adrisya Alwani !. Chewahh ! 
"Saya takut lah cikgu nak bayar time tu. Saya takut cikgu busy dan takut cikgu lupa." Kata Adrisya sambil memuncungkan mulutnya. Duckface !!
"Lagipun kan cikgu. Tadi masa perjumpaan ada perjumpaan tadi ada nama Wani ni." Ceh ! aku pun dah terikut panggil Wani monolog Aliya dan cuba sembuyikan senyumannya. "Yana lah cakap tadi." Sambungnnya.
     "A'ah cikgu" Hampir serentak Adrisya, Reena dan Illiana menjawab. Manakala Cikgu Emma sudah bercantum keningnnya. Pelik. "Oh, nama kamu ada lah? urmm.. tak apa nanti cikgu tengok. Apa number fon kamu? nanti ada apa-apa maklumat cikgu mesej." Setelah Adrisya memberi number telefonnya. Adrisya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Emma. Hatinya juga terasa berdebar-debar untuk menanti jawapan daripada cikgu. Over betul ! Relex lah. Bisik hati Adrisya sendiri lantas mempamirkan senyuman buat cikgu dan rakan- rakannya. "Suka lah tu ada peluang dapat pergi" usik Illiana.
"Gila kau tak suka" Kata Adrisya selamber membuatkan semua yang berada di situ turut tertawa termasuk Adrisya sendiri.

          Sewaktu perjalanan pulang ke rumah, fikiran Adrisya melayang teringatkan kata guru kesayangannya.
              "Oh, nama kamu ada lah? urmm.. tak apa nanti cikgu tengok. Apa number fon kamu? nanti ada apa-apa maklumat cikgu mesej."
 Kata cikgu Emma masih tidak mahu keluar dari kotak fikirannya. Degil betul. Apa-apa pun aku mesti bagi tahu mak dulu. Jangan terlampau berharap Risy! Adoi !! Adrisya yang tidak sedar yang dia sudah sampai rumah, terus terlanggar pagar rumahnya. "Ha ! kau dah kenapa Risya? berangan?"  Puan Zuridah yang sedang menyidai baju bertanya kepada Adrisya tapi pertanyaan ibunya hanya di balas dengan senyuman untuk menutup malu. Lalu Adrisya terus duduk di kerusi depan halaman rumahnya sambil membuka kasut. 
     "Tak ada lah mak. Risy teringat kata cikgu tadi. Itu aje." jawab Adrisya sambil menguis kucingnya yang berada di dalam sangkar. Tak boleh lepas nanti kena culik ! Betul tak tipu. Dulu Adrisya pernah jumpa dan membela tiga ekor anak kucing yang sangat comel. Salah seekor anak kucing Adrisya kena ambil dengan seorang budak berbangsa india, ketika itu anak kucingnya sedang bermain di luar rumah. Seminggu juga Adrisya mencari dan menangis. Sudah lah dua ekor lagi sudah mati.  Sejak itu, Adrisya tidak berani melepaskan kucing di luar. Fobia beb kucing kena culik !
     "Ya Allah, apa lah yang kau beragan ni Risy? parah benar. Mana tidaknya, tadi langgar pagar. Mak panggil pun tak dengar" bebelan Puan Zuridah membuatkan Adrisya tersentak dari lamunan. Tiba-tiba hatinya terasa rindu kepada Edward, anak kucingnnya yang hilang. Kalau Edward ada mesti dah besar macam Bobok kan? Adrisya berpaling sekali lagi ke arah Bobok dan Jenny yang semakin membesar. Kucing pemberian Acu nya. "Haa ! tengok tu. Mengelamun lagi. Haish ! apa lah nak jadi dengan budak ni." Sekali lagi Adrisya menghadiahkan kepada Puan Zuridah senyuman. "Alo, orang teringatkan Edward lah mak. Mesti dah besar macam Bobok and Jenny kan mak?" Kedengaran sebak saja suara Adrisya.
     "Benda yang lepas tak usah lah nak di kenangkan lagi. Lagipun semuannya ada hikmah. Tengok, hilang sekor dapat tiga ekor kan?" pujuk Puan Zuridah sambil menunjuk kearah kucing dan arnab nya kesayangannya. Adrisya kembali tertawa senang apabila melihat Bobok mengiau sambil mengesel-geselkan badannya ke pintu sangkar, seakan-akan menyokong kata Puan Zuridah. Tahu saja orang tengah cakap pasal dia. "Tengok, Bobok pun sokong cakap mak. Ha! apa yang cikgu cakap sampai kau terlanggar pagar tadi? Kena marah ke? toucing?" ujur Puan Zuridah lalu terus menapak masuk ke dalam rumah di ikuti Adrisya. "Risya bukan kena marah mak. Tapi orang sedih sikit lah, keliru pun ada." kata Adrisya sambil membuka tudung dan stokin dan di masukkan dalam baldi bilik air. Kejab lagi basuh. Adrisya kembali ke ruang tamu dan duduk di hadapan ibunya yang sedang leka menonton television drama indonesia. "Kenapa pula ni? dah bayar belum duit lawatan tu?" tanya Puan Zuridah sekilas memandang anak bongsunya.
      "Ha ! ni lah yang Risy nak cerita ni mak. Tadi waktu Risy nak bayar dekat Cikgu Emma, tapi masa tu cikgu Emma tak ada, yang Risy jumpa kawan cikgu tu. Risy cakap lah Risy nak bayar. Tapi dia kata tempat dah penuh, nama yang dah letak nama tapi masih belum bayar dorang tak ambil. Sabar je lah kan. Lepas tu, yang Yana kata nama Risy ada dalam senarai. Dalam kelas jumpa pulak Cikgu Emma, Risy cakap lah dekat cikgu, yang Risy tak dapat pergi sebab tempat dah penuh. Tapikan mak, Risy tengok muka Cikgu macam pelik pun ada tau. Cikgu kata nanti kalau ada apa-apa cikgu contact Risy." Panjang lebar dan penuh emosi Adrisya cerita kepada emaknya. Rasa lega sedikit apabila segala isi hatinya yang di pendam sudah terluah.
     "Macam mana cikgu nak contact. Cikgu ada nombor kau ke?" tanya Puan Zuridah lalu mengunyah nasi yang di ambil masa Adrisya sedang khusyuk bercerita. "A'ah. Cikgu ada ambil. Mak makan apa tu? macam sedap je Risy tengok" Adrisya yang baru sedar melihat emaknya makan nasi, mengosok perutnya yang sedang membuat konsert rock kapak. Lapar ! "Mak masak ikan tiga rasa dengan sayur pucuk paku. Pergi lah makan." bicara Puan Zuridah membuatkan Adrisya berkecur air liur. Lantas Adrisya bangun menuju ke dapur. Mana boleh tunggu lama-lama. Perut yang lapar perlu segera di isi !!

          Tengah hari ke petang, bila petang sudah meleburkan tirai, malam pula menjelma. Sepanjang masa itu Adrisya tidak lengkang dari telefon Nokia E72 pemberian kakaknya. Haish! mana cikgu ni. Kata nak bagi tau. Aku ni macam mana? Pergi ke tak? sudah lah esok perginya. Adrisya keresahan. Telefonnya sekali lagi di tenung. "Sudahlah tu, tak payah lah dok tenung henset tu macam nak tembus. Kalau dah tak ada SMS atau call dari cikgu tu anggap je lah kau tak ada rezeki nak pergi ye." Pujuk Encik Amri tidak betah melihat anaknya yang terlalu berharap untuk pergi ke lawatan. Adrisya kembali meletakkan telefonnya di sisi. Punah harapan, lalu Adrisya pergi ke dapur untuk minum air dan mengambil makanan. Setelah Adrisya kembali ke ruang tamu, telefon Adrisya berbunyi menandakan pesanan mesej masuk, dengan sekelip mata telefonnya sudah berada di tangan. Nombor yang tidak kenal, ni mesti cikgu. Laju saja Adrisya membuka mesej.

Salam wani... ckgu ni...kmu btul byr wit 
lawatan ke MIAT tu kan? kmu nk join sok?

Gila tak nak pergi ! mesti lah nak. Adrisya tersenyum. "Siapa yang hantar mesej tu? senyum sampai ke telinga nampak? boyfriend ye?" usik Puan Zuridah pula. Manakala Adrisya sudah tergelak kecil. "Pandai je lah mak ni. Ni Cikgu Emma yang mesej, dia tanya betul ke esok Risy nak pergi." Terang Adrisya sambil menekan punat telefonnya.

Ada ksong ke ckgu? msti lh sye nk join !!

Send ! Adrisya mengukir senyuman. Ada peluang ni. yahooo !!. Adrisya bersorak dalam hati. Satu lagi mesej masuk.

ok...nt sok kite tgk k... coz ade nma yg btindan...
ckgu amik attndnt after dat lau xde tlbh
kmu leh join nah... ready je sok ea... :)

Adrisya termenggu. Attndnt ?? apakah itu? Argh! lantak lah. Yang penting satu lagi ni. Adui cikgu ni, main tarik tali lah pulak ! aku ni dapat join ke idak? nanti esok aku dah siap, dah betul-betul ready mana aku nak letak muka. Beg aku nak letak mana? confrem buku aku tak bawa esok. Sekali lagi Adrisya menekan-nekan punat telefonnya.

esk pagi dtg sek mcm biase ke? btol stanby je 
esok? bwk brg2 nk pegi je? btol ke ckgu?

Sekali lagi butang send di tekan. Keliru Adrisya di buatnya. Cara cikgu cakap macam aku betul-betul dapat pergi. Tapi tadi cikgu cakap kalau tak ada lebih aku boleh join. Kalau terlebih macam mana? aduihai.
Adrisya melepaskan keluhan serentak dengan itu, telefonnya juga berbunyi menandakan ada mesej baru.

Trun sek spt biasa...yup... stand by je sume

Hmm. Cikgu pun dah cakap macam tu. Stanby je lah. Bawa je lah buku tulis dengan kertas-kertas yang cikgu bagi, masuk dalam fail. Alat tulis semua bawa. Kalau aku betul pergi. Aku suruh lah Reena atau Aliya yang pegangkan. hehehe. "Mak, Abah, cikgu kata esok Risy boleh join tapi itu pun kalau tak ada yang terlebih. Kalau Risy tak jadi pergi, Risy balik jelah." terang Adrisya pada kedua-dua ibubapa nya sambil gelak kecil. "Alhamdulilah, dapat lah kau pergi ye? tak ada lah malam karang banjir dengan air mata. Esok bangun mata dah macam kena gigit tembuan ye?" Puan Zuridah mengucap syukur sekali gus memerli anaknya dalam gurauan. "Ish ! Mak ni. Tak baik tau." Adrisya terasa tersindir. Tahu lah dulu masa sekolah rendah tak dapat pergi lawatan, dia menagis tak cukup kain. Tapi itu masa sekolah rendah !! Adrisya memberontak dalam hati. Abah juga mengertawakannya. "Dah lah! Risy nak naik atas dulu. Nak kemas apa-apa yang patut." Rajuk Adrisya memuncungkan mulutnya terus naik tangga untuk menuju ke biliknya. "Eleh, merajuk lah tu" giliran Encik Amri pula mengusik anaknya. "Mana ada !" Laung Adrisya dari tingkat atas.

Assalamualaikum, cik dairy.. ni

Adrisya terhenti menulis. Errr... nak gelarkan diri aku apa ek? akak? no! saya? macam nerd sangat saya-awak. Hmm.. Sebelum ni aku gelarkan diri aku apa ye? Arghh ! bantai je lah.. hihi.. Adrisya kembali menyambung mencoret dairynya.

Cik Risya nak habaq, Kemungkinan Cik Risy ni pegi 
ke lawatan MIAT tu .... Repeat ! ! KEMUNGKINAN 
akan pegi. Ckgu suruh prepear. So, Cik Risy ni bawk
lah kelengkapan. Ckgu kate, nnti bole pkai baju biasa.
 Hihi, apa lagi bawak lah kan. Lagi satu takut papekan
 muntah ke makanan tumpah ke, air tumpah ke, kan? mne
tau.. takkan nak pkai je baju tu? eiyuk ! kn dh susah. brg2,
pralatan sek, Cik Risy bwk sikit je.. Ltak dlm satu fail. Klu
Btul Cik Risy pegi, brg2 tu Cik Risy mntk tlog Reena pgang
kn.. nnty ambik lh balik. K lh Cik Risy nk tido ni. Nk Cas 
bdn.. ngeh3
                          
                                                                                                           9.48 p.m
                                                                                                  21 mei 2013

Selepas Adrisya mencoret Dairynya. Tiba - tiba telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas baru masuk. Adrisya berdebar - debar melihat nama yang tentera di telefonnya. Cikgu Emma ! Kenapa erk? aku di cancelkan ke? Tanpa melengahkan masa lagi Adrisya terus membuka mesej daripada Cikgu Emma. 

Jgn lupa bwa borang kebenaran sok

Fuhh ! Adrisya menarik nafas lega. Ingatkan cikgu kata 'wani, cikgu mintak maaf ye.. kamu tak dpt prgi besok' rupanya suruh bawa borang. Sekali lagi Adrisya menglepaskan nafas kelegaan. Borang? Adrisya tersengeh.Maafkan saya cikgu, borang saya dah buang. Hehe. Masih segar di ingatan sewaktu cikgu Noor kata tempat dah penuh ke lawatan, Adrisya bersedih dan berpura - pura 'cool' depan rakannya. Tiba waktu rehat Adrisya yang ingin mengeluarkan wang belanjanya, terpegang borang berkenaan yang elok berlipat di dalam poket baju kurungnya terus mengoyakkan hingga menjadi kepingan - kepingan kecil. Manakala rakannya sudah melopong melihat tindakkannya. Masa itu Adrisya hanya berkata "Buat apa lagi aku nak simpan? dah aku tak dapat pergi kan? baik aku buang. Kalau tak menyakitkan hati aku je bila aku tengok !" Kata Adrisya sambil tersengih memandang rakannya. Teringat kembali tragedi itu, Adrisya kembali tersengih dan tertawa kecil. Lantas Adrisya mengambil semula telefon bimbit lalu membalas mesej Cikgu Emma.

Almk ! borang kebenaran? sory ckgu.. sye tk tau 
sye ltak mne.. dh ilang.. hehe.. sory..

Send ! kemudian Adrisya meletakkan telefon ke meja kecil de sebelah katilnya. Lalu melelapkan diri. Kalau bohong sunat tak apa kan?? hehehe

Isnin, 9 September 2013

Bab 2: Oh, My Crush !!

          Hari ini kiranya kali pertama perjumpaan untuk pergi lawatan ke MIAT. Sehabis sahaja perhimpunan cikgu meminta semua yang terlibat berkumpul di laman ilmu. "Weh cepat lah. Cikgu dah panggil tu kan? Nak tunggu apa lagi?" Ujur Adrisya. Excited ! "Kau ni relex lah. Perjumpaan je kut. Bukannya nak pergi dah hari ni. Gaya dia dah macam nak pergi pulak. Macam orang takut kena tinggal. Cuba bawa bertentang sikit." ujur Illiana pula apabila melihat Adrisya yang seperti hendak bangun. "Lagi pun aku tengok tak ada orang bangun pun. Kau tak malu ke? ya Allah" sambung Illiana lagi. "Kau ni.." Itu sahaja yang di ungkapkan Adrisya. Meleret. "Kalau iya pun, tunggu lah sekejab. Tunggu habis perhimpunan baru lah kita bangun." Sekali lagi Illiana bersuara. Kali ini lebih kepada nasihat. "Uhmm.. iyolah cik Illiana oii.. kita tunggu ye.. tunggu sampai dorang semua bangun ye cik kak?" Sinis jawapan Adrisya. Bertambah geram apabila melihat Illiana sudah ketawa sambil memegang perutnya.

          "Kau tengok. Aduh buat malu je tau tak? tu lah aku dah cakap pergi tadi lagi. Tapi kau tak nak. Kan sekarang dah malu. Semua orang dah berkumpul. Kita je yang baru terhegeh-hegah nak duduk. Dah tebal sepuluh inci tau tak muka aku ni?" Adrisya melepaskan keluhan berat. Mana tidaknya sewaktu dia datang untuk berkumpul pergi lawatan Adrisya melihat semua orang sudah duduk berkumpul dan cikgu sudah bersedia memulakan penerangan. "Ala relex lah. Aku pun malu jugak.Cepat lah" Ujur illiana sambil melajukan langkahnya "Aku lagi malu tau tak. Kita ikut belakang lah. Lalu lorong tu. Tak henggen aku ikut depan. Buat tambah tebal muka je." Adrisya menarik tangan Illiana yang sudah ke kiri sedikit untuk masuk barisan hadapan. Aku lebih sanggup buat U-turn ke ikut belakang laman ilmu ni dari terus ke depan. Adrisya bermonolog.
     "Eh, weh !" tiba-tiba Adrisya sedikit tersentak sewaktu dia lalu di belakang barisan peserta. Itu kan? "Kenapa?" tanya Illiana yang pelik melihat perubahan Adrisya secara tiba-tiba. Lalu menarik Adrisya duduk di sebelahnya. "Aku rasa tadi aku nampak crush Fatihah lah dekat sini. Tadi dia pandang kita kejab. Tapi aku tak tau lah betul ke tak. Aku tak cam sangat. Tapi aku rasa betul lah tu dia. Tapi betul ke tak erk? " Adrisya yang sedang confius. Cakapannya juga secara spontan tanpa berfikir. "Kau ni mana satu ni? iya ke tidak? dah berbelit fius otak aku ni kau tau tak?" ujur Illiana sambil memegang kepalanya. "Entah lah weh.. nanti lah aku tanya Fatihah balik." Adrisya juga sebenarnya sudah blur. "Dah lah. Dengar apa yang cikgu nak cakap tu. Nanti tak dengar pulak" Sambung Adrisya untuk lari dari tajuk perbualan. 'Kalau betullah tu crush Fatihah, boleh lah aku bahan dia nanti. Kahkahkah !' Walaupun Adrisya cuba memfokuskan apa yang diperkatakan oleh guru di hadapan. Tetapi fikirannya sudah jauh melayang. Sempat dia berpesan kepada Illiyana. "Yana, kau dengar lah apa yang cikgu cakap. Nanti apa-apa kau bagi tau aku ea?" Ujurnya sambil membuat iklan gigi.

      Muzayyan terpana apabila melihat seorang gadis yang baru saja melepasinya. My angle ! Sudah hampir genap lima bulan, buat kali ini, kali pertama dia jumpa 'angle'nya kembali. Selepas gadis itu menolongnya daripada menjadi patung cendana di lorong kelasnya, tidak pernah walaupun sekali dia melihat gadis itu lagi. Dia benar-benar seperti seorang angle yang telah di hantar oleh-Nya, hanya untuk menunjukkan kelas kepadanya.
     "Oit, berangan ! Kut iye pun nak ingatkan awek tunggu lah kejab-kejab lagi. Sekarang cuba fokus apa yang cikgu nak cakap. Ni termenung je kerjanya." Tegur rakan sekelasnya yang juga turut mengikut tu lawatan itu. "Haisy, kau ni macam tak kenal aku, Aku mana lah ada awek segala bagai ni." Aku hanya ada seorang angle je. Sambung Muzayyan dalam hati. "Kau? kau kata muka ni tak ada awek?  Nonsense tau tak?" Soal rakannya sambil tunjuk tepat menghala ke muka Muzayyan. "Sedangkan mamat perasan macho tu pun ada awek macam tukar baju aku tengok. Inikan pulak kau yang memang dah tentu macho kegilaan perempuan. Bukan setakat budak kelas kita je. Nak dekat satu bangunan sekolah kita ni." Bebel rakannya. Ya ! dia memang mengakui rakan barunya ini hensome. Tengok sahajalah wajahnya yang putih ke merah-merahan, rambutnya lurus mencacak tanpa sebarang jel, juga dengan ketinggian dan bidang badannya mengalahkan model !
     Muzayyan hanya menadah telinga. "Tak ada maknanya satu sekolah suka dekat aku. Jangan - jangan seorang pun tak ada. Lain lah macam kau, ada je yang mendatang." Muzayyan memulangkan paku buah keras. "Hello,? dorang tu semua, rapat dengan aku sebab nak kan dekat kau. Takkan kau tak perasan langsung?" Hairan dibuatnya. "Itu lagi lah aku rasa nonsense. Whatever lah, dah dengar cikgu cakap apa. Kang tak tau pulak kena ada bawa apa-apa ke apa benda ke." Malas Muzayyan ingin 'berdebat'. Setelah melihat rakannya sudah menutup mulut, Muzyyan mencuri-curi melihat ke arah anglenya. Entah kenapa seperti ada tarikkan pada dirinya.

     Sebaik sahaja selesai perjumpaan lawatan ke MIAT, semua peserta bersurai. Tetapi tidak Adrisya dan Illiana, mereka terus mencari cikgu Emma untuk meminta keterangan dengan lebih lanjut. "Cikgu, kami ni macam mana cikgu? kami tak bayar lagi ni. Bila kami boleh bayar? Hari ni saya tak bawak duit" Terang Adrisya. Bertubi-tubi soalan Adrisya mengajukan pada gurunya. Manakala Illiana hanya menjadi pendengar. "Ermm, kalau macam tu, esok lah kamu bayar. Hantar sekali borang kebenaran tu." ujur Cikgu Emma. Memberi cadangan. "oke lah kalau macam tu. Terima kasih cikgu." Ucap Adrisya dan ingin berlalu pergi. "Risya kejab aku nak tanya cikgu jab" Illiana menahan Adrisya. Setelah Illiana menanya beberapa soalan yang berkaitan dengan lawatan, kemudian mereka berdua terus menuju ke kelas. Sewaktu Adrisya dan Illiana masuk ke dalam kelas Cikgu Hishamuddin sudah mulakan sesi pembelajaran. Adrisya menerangkan kepada cikgu atas kelewatan mereka berdua lalu duduk di tempat masing-masing dan salin kerja yang cikgu tulis di papan hitam.
          Setelah tamat sesi belajar. Sekarang tiba masanya untuk semua pelajar tingkatan tiga berehat. Sewaktu Adrisya sedang sibuk mengemas peralatan dan buku-buku bawa masuk dalam beg, rakan-rakannya yang lebih awal mengemas peralatan belajar sudah berkumpul di hadapan meja Adrisya untuk pergi berehat. "Fatihah, boleh tak kau tunjuk dekat aku muka Irwansyah tu. Aku tak berapa cam sangat lah." ujur Adrisya sambil menolak kerusi masuk bawah meja lalu keluar beriringan keluar dari kelas bersama rakan-rakannya.
    "Irwansyah?" soal Aliya yang sedikit pelik. "Crush Fatihah yang baru." terang Reena pula. Apabila melihat wajah Aliya sudah seperti makan tapai basi. "Berapa banyak crush kau ni? Aduh pening kepala aku dengan kau ni. Semuanya crush kau." rungut Aliya pula sambil mengaru keningnya. "Well.. haha" ringkas saja jawapan Fatihah. Bahunya sengaja di angkat. "weh!  itu kan Irwansyah kau" sergah Adrisya apabila melihat orang yang dimaksudkannya berada di koperasi sekolah. Tetapi akibat sergahan Adrisya membuatkan Fatihah separuh melatah. "Oh, Irwansyah ! bukan Irwansyah bukan ! Eh kau ni ! jahat lah" Marah Fatihah apabila di sergah. Lemah jantung aku. "Lah.. kau melatah ke? mana lah aku tau kau nak melatah. Apa pun sory lah.. aku tak ada niat pun. Aku cuma nak tanya kau, betul ke tu Irwansyah.?" ujur Adrisya sambil memuncungkan mulutnya kearah yang dimaksudkan yang berdiri tidak jauh dari mereka.
     "Eh ! bukan lah. Kulit Irwansyah tu lagi putih dari yang tu. Tu dah macam negro aku tengok." jawab Fatihah. Manakala matanya tidak lepas memandang orang yang di maksudkan Adrisya. 'yeke sama? lain je aku tengok. Bahagian mana yang sama tu? Beza gila aku tengok.' Mungkin itu yang bermain difikiran Fatihah. "Sepesen je aku tengok" ujur Adrisya sambil mengosok dagunya. Macam penyiasat persendirian lagaknya.

         Adrisya bermalas-malasan di kerusi jati milik keluarganya yang boleh duduk untuk dua orang. Kalau sendiri punya tak mampu lagi oiii. Sedang asyik melihat drama yang di siarkan di televisyen, Adrisya hampir terlupa duit yang dijanjikan dengan cikgu emma dan borang kebenaran untuk pergi lawatan ke MIAT. Setelah tamat drama yang disiarkan, Adrisya baru teringat akan surat dan duit yang perlu diberi pada esok hari.
     "Makk.." meleret Adrisya memanggil Puan Zuridah. "Hmmm" meleret juga jawapan Puan Zuridah. "Makk.. nak duit untuk lawatan. Tadi cikgu mintak and isi borang ni." ujur Adrisya, sambil menunjukkan borang yang perlu diisi kepada Puan Zuridah."Kau isilah sendiri, duit pula kau ambil duit mak yang ada dekat kau tu. Ada RM 50 kan?" Kata Puan Zuridah yang berbaring malas di hadapan televisyen yang sedang menyiarkan drama melayu. "Hmm. . ye lah . . tapi esokkan hari guru  . . mesti cikgu sibuk . . kalau bagi juga takut hilang pulak . . . kang tak pasal - pasal melayang je duit . . pastu tak dapat pergi . . . huaaaa ! ! ! mesti sedih habis." Adrisya mengomel sendiri tapi Puan Zuridah masih mampu mendengar omelan anak bongsunya itu.
     "Kalau takut duit hilang, bagi je lah dekat cikgu tu hari isnin . . . hari rabu kan pergi.? Sempat nak bayar. Lagi pun kau dah letak nama kan?" bertubi - tubi soalan Puan Zuridah. "A'ah jugak nanti lah Risya bayar." Putus Adrisya, lantas dia menuju ke dapur untuk minum air dan mencari makanan ringan untuk mengunyah ! Selepas makan dan memberus gigi , Adrisya lantas menuju ke tangga. "Mak , Risya naik dulu tau. Nak kemas apa yang tak kemas lagi. Pastu nak sambung tulis dairy. Lama dah tak tulis.." Pamit Adrisya sambil tertawa kecil.

Assalamualaikum . . . Alamak ! alim pulak malam ney !
 tapi tak apalah amalan sunatkan dear dairy ? Hahaha ! !
 Dear dairy busyuk masyam kita ney syehat ? haha !
 macam lah kau ney bernyawa, aku tanya kau sihat ke
 tidak . . . habis lah mood melalut sampai dah ney . .
 hmm . . sebenarnya nak cakap sikit je dekat cik dairy . .
 mungkin Risy ni banyak story pasal my friend je . .  Best 
friend forever kot ! ! insyaallah. . kita orang ney
 kebanyakkan sama. . cik dairy nak tahu tak? kita orang ney 
perangai sama, suka baca novel sama, lagu yang kami 
minat pun sama, yang paling best  the tip top . . top top top !
 perangai kami sama ! selalu OGG ! ! nak tau apa
 maksudnya ? ofcous ler Otak Gila-Gila . . haha. .
 kami memang macam ney tau . .  tak boleh duduk
 sekali. .  gelak tak putus-putus, kekadang tu marah
 plus gaduh tu biasa lah. .  tapi tak teruk 10 minit or 15 minit 
dah baik  balik . . marah-marah manja . . tu yang buatkan
 kami tambah akrab. .  oke lah banyak pulak Risy tulis malam
 ney . . oke lah good nite and sweet dream
 dear dairy. . harap mimpi indah . . .

                                                                                                  10.03 p.m
                                                                                               15 Mei 2013 

          Seusai menulis, Adrisya menutup buku dairy dan menyimpannya di dalam laci mejanya. Kunci. Biar selamat ! ! Lalu Adrisya menutup lampu tidur, kemudian Adrisya menyelubungi dirinya di dalam comforter.


          Setibanya Adrisya ke sekolah, Adrisya terus menuju ke arah rakan-rakannya yang sudah duduk di tapak perhimpunan. Apabila Reena perasan kehadiran Adrisya, lantas rakan yang lain juga menoleh ke arahnya manakala Adrisya hanya membuat muka toya. "Kau orang kenapa pandang aku macam nak telan? seram aku" spontan ayat yang keluar dari mulut Adrisya lalu duduk di hadapan rakannya. "Hehe.. saja je.. tak akan lah nak pandang kawan sendiri pun tak boleh . .  kan korang kan?" ujur Aliya kepada rakannya yang lain.
     Apabila melihat kata persetujuan dan anggukan dari rakannya yang lain Adrisya hanya menjebirkan bibir. 'Ini semua poyo!' desis hati Adrisya. "pape je lah. Ni kau orang bawak buku apa je ni?"  Bicara Adrisya hanya menimbulkan senyuman dari rakan-rakannya. "Kami bawak jadual lepas rehat je . .  Sebelum rehat ni confrem punya tak belajar. .  nak sambut hari guru. Kau orang nanti nak bagi hadiah dekat siapa?" Jawab Illiana. Perkataan 'kami' sengaja ditekan. "Kau ada bagi hadiah dekat cikgu ke? aku tak bagi pun. Tak sempat nak beli." Kata Aliya sambil tersengeh-sengeh.
     "Sep ! sama dengan aku . . aku pun tak sempat nak beli.." jawab Adrisya. "Kau ada beli hadiah ke? kau bagi dekat cikgu siapa?" Sambung Adrisya sambil melontarkan soalan kepada Illiana. "Aku tak beli pun. Tak sempat  jugak" Jujur Illiana sambil tersengeh. Dah macam kerang busyuk pun ada. Uppss! hee. .  "Pulak dah.. iye-iye je dia bertanya . . Last-last dia pun tak bawak hadiah." Perli Fatihah. Sebaik saja Illiana mahu mempertahankan diri, terus terbantut apabila Adrisya bersuara. "Fatihah.. cuba tengok siapa yang baru datang tu." ujur Adrisya apabila matanya tertacap kepada salah seorang admire Fatihah. Lantas Adrisya memuncungkan mulutnya ke arah kanan depan tapak perhimpunan.Manakala Fatihah pula sudah tersenyum. Matanya juga sudah tidak lepas memandang admirenya , Choo. Sekali lagi Adrisya bersuara. " Fatihah, tu tengok dekat depan tu. Siapa nama dia tu? alamak lupa pulak rajinnya dia tolong cikgu." Dalam pujian Adrisya, ada juga terselit nada mengusik. Sengaja dia ingin Fatihah menyebut nama admirenya yang seorang lagi itu. "Syazmir" Hanya sepatah bicara Fatihah.
     Matanya juga tidak lepas pandang kedua-dua orang admirenya itu. Sekejab kiri, sekejab depan, lama - lama terpeleng terus kepala tu. Huish dah tahap parah maximum dah tu. "Aku tahu. Aku saja je nak test kau, bagi kau sebut nama dia" Kata Adrisya sambil tertawa besar. Wajah Fatihah mula kemerahan menahan rasa malu. Selebihnya melting beb ! Hahaha . . "Fatihah, kau pakai blusing jenama apa? cantik lah." Makin giat Adrisya mengusik dan makin merah muka Fatihah. Laju saja tangan Fatihah mendarat atas peha Adrisya. "Makkk ! adoii . . jangan lah tampar-tampar kak. . nanti ite panggil admire awak baru awak tahu. Langsung awak tak boleh gerak, melting punya pasal tau." Ujur Adrisya yang sedaya upaya menahan tawanya.
     Rakannya yang lain sudah terhembur tawanya. Sekali lagi tangan Fatihah ingin mendarat atas peha Adrisya. Namun Adrisya dengan segera mengalihkan pehanya sebelum menjadi mangsa tamparan Fatihah. Terhembur juga ketawa Adrisya dan Fatihah pula sudah mendiamkan diri. Setelah hampir 2 minit semua rakannya mendiamkan diri, Cikgu sudah memulakan bicara di atas pentas utama dan memulakan acara semperna hari guru.

          Sepanjang acara berlansung Adrisya menarik rakannya hanya kehulu - kehilir. Meraka hanya melihat acara yang di langsung kan oleh guru-guru. Manakala Adrisya pula bukannya melihat gurunya melakukan aktiviti tersebut, tetapi hanya mencari admire Fatihah yang bongsu dan yang sulung. Siapa lagi yang bongsu kalau bukan Irwansyah, dan yang sulung Syazmir. Apabila Adrisya melihat Syazmir berada dengan guru yang sedang peragakan baju daripada surat khabar. Sebagai fotografer di sekolah, memang tanggungjawabnya mengambil gambar di setiap sudut acara. Adrisya sudah menarik lengan Fatihah untuk pergi ke arah guru yang peragakan baju mengguna surat khabar dengan tujuan biar Fatihah melihat admirenya. Senang nak menyakat ! Tetapi rakan-rakannya tidak tahu tujuan sebenar Adrisya menarik mereka ke situ. Hanya aku yang tahu, haha. Desis hati Adrisya sambil tersenyum ke arah meraka.
     "Fatihah, kiri kanan crush kau erk? haha" bisik Adrisya. "Mana? yang aku nampak tu je lah. Dia sorang je." ujur Fatihah sambil memandang sekelilingnya. Apabila matanya terpandang seseorang, serta - merta kulit mukanya bertukar warna. "Dah nampak lah tu. .  tak apa . . aku faham perasaan kau . ." bicara Adrisya seraya mengusap belakang badan Fatihah, gayanya seakan-akan memujuk, tetapi lain pula dalam hatinya yang sudah ketawa terbahak-bahak. "We. . jom lah pergi duduk dekat laman ilmu. .  panaslah dekat sini. . kaki aku pun dah nak naik sakit dah ni." Runggut Aliya.
     Niat Adrisya yang hendak menyakat Fatihah lagi terbantut apabila mendengar rungutan daripada Aliya. Apabila Adrisya melihat rakannya semua sudah menuju ke arah laman ilmu, Adrisya mencukakan muka sambil membuntuti rakannya dari belakang. 'Kacau plan betul lah dia ni' monolog Adrisya sambil mengeluh.

          Mereka semua kembali duduk di laman ilmu, rakan Adrisya menarik nafas kelegaan. "Kalau ikut si Risya ni berjalan, mahu tercabut skru kaki aku ni. Dah jalan tak reti nak berhenti" Rungut Reena. "Alaa . . Relex lah . . tak akan lah baru jalan sikit dah sakit kaki. . " jawab Illiana membekap Adrisya membuatkan rakannya yang lain membuat muka blur plus toya. "Entah korang ni . . relex lah. . . aku bukannya suruh korang jalan satu kawasan perumahan ni pun." balas Adrisya mempertahankannya diri.
     "Korang memang lah tak rasa penat sebab korang ni kaki jalan. Kami ni bukan macam korang kaki jalan. Penat tau tak !" marah Fatihah sambil menggibaskan tudungnya. Masuk angin, sejuk sikit. "Betul Fatihah . . Aku sokong !" Sampuk Aliya pula. "Aku pun sokong !" Reena juga menyampuk, tak nak ketinggalan ! Kemudian ketiga - tiga rakannya itu 'Sep' sama sendiri mengiyakan pendapat mereka. "Poyo jerk.. kalau skru kau tercabut aku boleh panggil Syaz dan Irwansyah kau tolong pasangkan. Confrem takkan longgar lagi. Kukuh terus. Tak boleh tanggal-tanggal dah." Adrisya membidas cakapan Fatihah dengan usikkan. Manakala mata Fatihah sudah membulat. "Banyaklah kau. Kau ingat aku ni apa? robot?" Fatihah membantah. Adrisya pula sudah tawa terbahak-bahak. 
     Mulut menafikan tapi dalam hati? dah berbunga-bunga. "Kau jangan jadi poyo boleh tak? macam aku tak tau. . kau mesti tengah bayangkan dorang tengah dok urut kaki kau yang terseliuh kan? kalau tak terseliuh, kaki kejang. . betul tak aku cakap?" Semakin giat Adrisya mengusik seraya tertawa. "Whatever! malas nak layan kau. ." Jawab Fatihah dengan nada malas. Tanpa jawapan daripada Fatihah pun Adrisya sudah tahu jawapannya, apabila melihat wajah Fatihah sudah berona merah. "Melting lah tu" Jawapan Adrisya yang ringkas itu tetap juga membuatkan rakannya tertawa. Manakala warna muka Fatihah sudah merah padam.

Hello dear dairy. .  haha rajin pulak aku menulis! tak apa
 lah . . lagi pun maybe malam ni sikit je aku  tulis . . Pagi
 tadikan dear dairy, Fatihah teruk kena usik dengan aku . .
 title? ofcous about her crush . .  hahaha . . kesian seyh 
dia . . nasib lah dapat kawan yang suka mengusik macam 
aku ni kan? bersabarlah banyak-banyak wahai teman . . 
lagi satu pekara nak cakap. . esok aku bayar duit nak ke MIAT
tu tak dapat sebab esok cuti ! yeahh !! so, terpaksalah aku 
bayar hari isnin. . hope aku dapat pergi lah hari rabu ni . .
teringin nak naik Cruise . .Dah lah dapat  sijil . . 
siapa yang taknak kan? ahhhh!  bestnya . .dah 
macam - macam aku berangan. . oke lah bye my sweet
dairy . . nitez!

                                                                                                                9.55 p.m
                                                                                                         16 Mei 2013

Rabu, 3 Julai 2013

Bab 1 : 0h, My Crush !!

*Prolog*
     Terlalu asing bagi dirinya yang baru pertama kali untuk menjejakkan kaki di bangunan ini. Dia memerhati sekeliling kawasan sekolah barunya. 'Hmm, boleh tahan. Cantik juga sekolah ni.' 
     "Muz, dah jom kita pergi daftar dulu." Kata Puan Mariam. Muzayyan dan mamanya turun dari kereta tanpa banyak soal dan mengikut sahaja langkah mamanya menuju ke pejabat sekolah. Mujur baru dua hari sesi persekolahan bermula. Tidak lah terlalu rumit sangat keadaannya nanti , pelajaran juga tidaklah terganggu. Lagi-lagi tahun ini dia menduduki SPM. Selepas selesai daftarkan diri di pejabat, Puan Mariam beritahu kelas anaknya seperti yang di katakan oleh kerani di pejabat. Muzayyan, bersalaman dengan Mamanya yang ingin pergi mendaftar Syahin Muzamin, Adiknya di sekolah rendah pula. 

     Muzayyan melilau melihat kawasan sekolah. Ada empat tingkat. 'Tadi mama kata kelas aku tingkat paling atas. Kalau aku ikut tangga ni, kelas aku belah kiri. Hmm' Muzayyan memulakan langkah dengan bismilah. Agar segala urusannya dipermudahkan. Doanya dalam hati. Setibanya Muzayyan berada di tingkat empat. Tiba-tiba dia berasa was-was. Mujur kelas yang Puan Mariam beritahunya tadi berada di hujung blok tengah, ada jalan memisahkan sebuah kelas lagi di hujung. Agak tersorok. Muzayyan buntu seketika. "Betul ke ni kelas aku? aduhh ! Nak tanya siapa ni? dah lah aku tak kenal sesiapa dekat sekolah ni. Kenapa lah tadi masa cikgu sendiri nak tunjukkan, aku jual mahal?! Konon boleh cari sendiri, berdikari last-last habuk pun tarak!" bebel Muzayyan sendirian sambil mundar - mandir di lorong bersebelahan dengan kelasnya sambil memegang dagu memikirkan sesuatu. "Kenapa lah tak ada orang pula time ni?? Ya Allah, hamba mohon kepadamu hantarlah salah seorang umat mu lalu di sini agar hambamu ini dapat mengetahui dimana kelas hamba berada. Aminn !" Sebaik sahaja Muzayyan meraup tangan ke wajahnya, tiba-tiba muncul dua orang pelajar perempuan lalu di hadapan kelas yang dimaksudkan Puan Mariam. Muzayyan tersenyum. Alhamdulillah !! My angle !!
     "Errr.. tumpang tanya. Mana satu kelas lima Tasawwuf?" Muzayyan menguatkan sedikit suaranya agar dua orang pelajar perempuan itu perasan akan kehadirannya yang ingin bertanya. Kedua-dua pelajar perempuan itu berhenti, dan memalingkan wajah kebelakang.
     "Lima Tasawwuf?" soal salah seorang murid perempuan itu, meminta kepastian.
"We, aku masuk dulu lah ek. 'Tangki penuh', dah nak meletop!" Kata seorang lagi murid perempuan itu dengan muka sudah berkerut-kerut. "Haa? yelah.Dari tadi tahan, kang 'pecah' susah pulak nanti." Usik murid yang menjawab soalanya tadi sambil tersenyum geli hati melihat reaksi 'kecemasan' rakannya. Murid yang di katakan 'tangki penuh' itu terus meluru pergi masuk ke sebuah bilik. Tandas mungkin. Murid perempuan, tadi memanjangkan sedikit lehernya ke arah pintu kelas di sebelah kiri Muzayyan, sebelum bersuara. "Yang ni lima Tasawwuf" Murid itu menunjukkan dengan jari ibunya, lalu terus pusing ke belakang dan bergerak meninggalkannya. "Terima kasih" laung Muzayyan kerana murid itu jauh darinya. Muzayyan tersenyum. 'Terima kasih my angle' Ucapnya sekali lagi cuma di dalam hati. Alhamdulilah, terima kasih Ya Allah. Muzayyan terus mengetuk pintu kelas dan memperkenalkan diri kepada guru yang sedang mengajar.

     *Bab 1*

         Assalamualaikum ! Nama aku Adrisya Alwani Binti Lakmalamri atau nama pendeknya Risya. Umur aku 15 tahun pada tahun ni,  sekejab aje kan masa berlalu. Aku selalu sangat tersasul dengan rakan 'facebook' aku yang umur aku 14 tahun. haha. Oke ! Back to topic ! Aku ada rakan yang bernama Aliya, Reena, Syikin, Fatihah, Illiana dan ramai lagi. Tapi ni kategori top 5 la.. yang paling rapat. Kawan aku yang Fatihah ni banyak crush dia. Kalau nak cakap memang tak tertulis. haha. Dalam cerita ni pun banyak pasal dia sebab 'crush' aku ni pun...

          "Risya !! apa yang kau buat tu?? duduk tersenyum sorang-sorang. Kau ni dah angau ke sasau?" aduii mak ni.. kacau la. Orang baru je nak merajinkan tangan nak buat dairy. Runggut Adrisya dalam hati. "Mana ada lah mak.. orang baru je nak merajinkan diri nak tulis dairy" ujur Adrisya sambil buat duckface. "Tulis dairy? kau tulis? hmm.. berapa helai je la tu nanti.. lepas tu da stop, macam la mak tak tau perangai kau tu" sinis Puan Zuridah. "InsyaAllah kali ni tak hehe" Azam Adrisya. Lagi pun, dah banyak helai juga yang dah aku tulis. Adrisya menutup dairynya dan simpan di dalam beg sekolah. "Mak, Risy pergi dulu lah ni. Nak pukul tujuh dah ni." Kata Adrisya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. "Kau pergi sekolah awal-awal ada ke orang?" ujur Puan Zuridah, risau. "Dah ada dah. Kalau tak ada orang Risy pun tak nak pergi awal-awal. Takut" ujur Adrisya sambil mencium kedua belah pipi Puan Zuridah. "Hmmm, hati-hati. Dengar betul-betul apa yang cikgu ajar tu" pesan Puan Zuridah menghantar anaknya di pintu rumah.


          Adrisya melangkah masuk ke sekolah dan terus pergi ke tapak perhimpunan. 'Mana dorang ni? ni mesti lewat ni.. asyik aku je yang datang first.' Rungut Adrisya sambil duduk di tapak perhimpunan, di mana semua pelajar perlu berkumpul sebelum masuk ke dalam kelas. Setelah 10minit menunggu akhirnya rakan sekelas Adrisya sampai. "Hello friends! lambat hari ni sampai.. muka bersinar-sinar je ni.. ada pape ke?" Dari jauh Adrisya mengusik rakannya. "Memang ada pape pun.." jawab Fatihah sambil tersenyum lalu duduk di hadapan Adrisya. "Apa kisahnya ni? cerita la sikit.. kitakan kawan." Pujuk Adrisya tapi yang selebihnya membodek ! "Tapi kau kena janji dengan aku, kau takkan cerita dekat sesiapa. Macam sebelum-sebelum ni. Boleh?" Kata Fatihah sambil menunjukkan jari kelingkingnya dihadapan muka Adrisya. "Kau ni.. macam tak biasa pulak dengan aku.. sebelum ni ada ke aku cerita kat sesiapa? tak ada kan?" Suaranya kedengaran seperti berjauh hati. "yelah.. saja je test kau, tak payah la nak merajuk.. nak tau cerita tak?" Seusai memujuk Adrisya, Fatihah ketawa. Apa yang kelakar sangat tak tau lah. "Hmm.. so, apa cerita?" tanya Adrisya dengan penuh teruja. "Semalam kan.. aku ada nampak budak kat sekolah kita ni.. muka dia ala-ala macam Irwansyah." Meleret perkataan dia yang terakhir. "Eh ! serius ke weyh? ke kau menggigau malam tadi ni? tapi kalau betul nak tengok jugak muka dia." Kata Adrisya sambil menampar lembut pipi Fatihah dan keraguan Adrisya membuatkan Fatihah membuat duckface ! Kalau cun tak pe la jugak ! hehe.. Nakal bisikkan hati Adrisya. "Menggigau bendanya. betul lah semalam aku nampak muka dia. Time dia lalu depan kelas kita." Jawab Fatihah sambil meninjau-ninjaukan kepalanya. "Tak ada pulak aku nampak muka dia, yang aku nampak muka Reena ada lah." sambung Fatihah. Manakala Adrisya sudah ketawa terbahak-bahak. "Hai.. suka nampak? asal? mesti gosip ni.. cerita lah.. nak tau jugak." Tanya Reena ingin tahu. "tak ada apa lah.. Fatihah ni.. buat lawak antarabangsa pulak.. dia jumpa Irwansyah dekat dalam sekolah kita ni" Adrisya sambung lagi ketawanya. "ya ! (apa !) aku cakap aku nampak muka macam muka Irwansyah bukan Irwansyah" ha ! hambik sleng korea dia dah sampai.. mentang-mentang lah peminat setia korea.. sampai aku sekali dah syok tengok korea! Running Man ! Kim Jong Kook ! Monday Couple ! haha.. Sarangheo Oppa, Nunna!! semua dia punya pasal.. ayok!' Adrisya mengutuk dalam hati. "So, mana orangnya.. aku nak jug...." kata-kata Adrisya termati di situ apabila cikgu sudah membuat penggumuman suruh beratur mengikut barisan kelas. "Spoil lah cikgu ni.. nanti lah aku cakap" sambung Adrisya.
          "Weh.. Risya.." Semasa cikgu memberi 'bebelan' di hadapan.. Fatihah yang duduk di belakang Adrisya bebisik. "hmm.. kenapa?" jawab Adrisya berbisik juga. "Cuba kau tengok dekat form five tu.. barisan no 2 dari sini.. beg oren tu.." Bisik Fatihah sambil menunjuk-nunjukan kearah yang di maksudkan. "ha.. kenapa dengan mamat tu?" Tanya Adrisya apabila dia sudah dapat tangkap orang yang Fatihah maksudkan. "Tu la mamat aku cakap tu.. Irwansyah.. cuba kau tengok muka dia.. ada iras" Terang Fatihah. "Binggai la kau ni.. mana lah aku nampak muka dia.. kalau badan belakang dia tu aku nampak la.." Sekali lagi Adrisya membuat duckface. 'Mana aku nak nampak.. aku nak tengok muka dia.. bukan badan dia.. huh!' sambung Adrisya dalam hati. "Ala.. Risya.. kau usya je lah.. mana tau kejab lagi dia pandang.." pujuk Fatihah dengan nada yang sengaja dilenggokkan. "Tak pun nanti time dia lalu depan kelas kita, aku tunjukkan.. oke?" sambungnya lagi. "Hmm.. oke.." jawab ringkas Adrisya.
           Dua minggu yang telah berlalu membuatkan Adrisya tertanya-tanya macam mana rupa 'Irwansyah' Fatihah tu. "Wey..mana muka irwansyah kau ni wey.. lama dah aku ni 'teringin' nak tengok muka dia tu. Hensome ke? sebijik ke? bulat ke? petak ke muka dia tu" Lemah Adrisya menutur kata. "time dia lalu.. aku panggil kau.. kau tengah borak.. pastu nak marah aku.. time kau dah stanby tak ada pulak dia lalu..Dah tak ada rezeki kau.. nak buat mana mana.. melopong je la" jawab Fatihah dengan ketawa terbahak-bahak. 'Bukkh' satu tamparan melekat di paha kirinya. "Woiii !! sakit la.. aduhhh ! lebam peha aku.." Kalau di ukur muka Fatihah masa ni, mau sedepa jugak ni, eh!  bukan sedepa dah ni.. ni dah lima depa dah ni.. kih..kih..kih.. bisik hati Adrisya.

          "Yang kau senyum sorang-sorang ni dah kenapa?" Pelik saja Fatihah melihat. "Tarakpa (tak ada apa-apa) la.. hihihi" jawab Adrisya selamber sambil buat macam iklan ubat gigi. "wey ! memang hari ni rezeki kau risya ! haha.. tu tengok tu.. tu.." Jawab Fatihah sambil memuncungkan mulutnya ke arah yang dimaksudkan. "apa benda kau ni..  " Rungut Adrisya. "tu.. Irwansyah.. cepat la tengok !! nanti dia duduk ! kau marah kan aku pulak" Desak Fatihah. "oh ! tu orangnya. Not bad la.. ada lah iras sikit muka dia.." Komennya setelah melihat muka 'Irwansyah'.
          Kringgggggg !! loceng dah berbunyi ! ini bermakna waktu ke tiga dah habis ! dah masuk waktu ke empat.. lepas itu rehat ! sukanya !! perut dah buat consert 'rock kapak' dah ni. Girang hati Adrisya bila memikirkan waktu rehat sudah hampir tiba. Sewaktu Adrisya sedang memikirkan nak beli apa di kantin, tiba-tiba dia rasa tangannya di siku. "Kau dah kenapa we? main siku-siku plak ni.. cakap je lah" Marah Adrisya apa bila 'konstrasinya' diganggu oleh Fatihah yang duduk di sebelahnya. Seperti kebiasaannya jika Aliya tidak hadir ke sekolah pasti Fatihah akan mengantikan tempatnya. Fatihah memberikan isyarat mata kearah luar pintu kelas. Kami yang duduk di baris hadapan, tepi pintu agak menyenangkan kami untuk melihat luar. "Dah kenapa?" Soal Adrisya. "eh!  tu kan ir.. aauuu !!" jerit Adrisya tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila pehanya di cubit. "Sakit lah ngek ! aduhh!" sambungnya. "Kau ni.. senyap-senyap dah lah.. kang dia perasan mati aku!" marah Fatihah.
     "Korang ni dah kenapa? dari tadi aku tengok berbisik-bisik.. bukan nak cerita dekat aku.." rajuk Reena sambil membuat duckface. Adrisya yang sememangnya duduk di kerusinya terus berdiri di hadapan meja Reena untuk mencari keselesaan. Adrisya memang suka berjalan, walaupun tidak dapat berjalan dia akan berdiri. "Hok aloh minah ni.. nak mogok lah pulak.. karang aku panggil Amal kau kejab lagi terus elok.. tak pun Zaim lah.. cepat sikit sampai." Adrisya memang kuat menyakat, pantang ada cerita atau apa-apa sedikit pun pasti salah seorangnya menjadi 'bahan'.
     "Risyaaaaaaaaaaaa !!" Pantas Adrisya menekup telinga. ha.. kan dah kena. Aduh.. cair tahi telinga aku, kutuk Adrisya dalam hati. "hoi ! releks lah.. jangan lah mengamuk. aduii.." Adrisya mengosok-gosok kedua belah telinganya sambil mententeramkan Reena yang dah macam gunung barapi nak meletus ! manakala Fatihah pula sudah ketawa terbahak-bahak, apa yang kelakarnya tak tau lah. "Dah lah.. korang ni.. " meleret ayat terakhirnya. "Fatihah kau kata Irwansyah tu crush kau.. habis yang lain-lain tu macam mana? Syazmir lah, Syakir lah, Nizman lah, Choo, lagi sorang tu siapa? haa.. Mr. Liew kau tu nak campak mana?" punya lah banyak dia punya crush, ujur Adrisya dalam hati. "Always in my heart" hanya sepotong ayat tu saja yang keluar dari mulut Fatihah. "uwekkk !!" lantas Adrisya membuat gaya bagai nak termuntah sambai terbongkok-bongkok badannya.
     "Heyy" ujur Cikgu pratical yang sememangnya rapat dengan kami semua. Terutama sekali Adrisya yang ringan mulut untuk berborak.  "Hey cikgu.." jawab kami bertiga. Pelik! 'sekarang bukan ke masa Bahasa English ke? kenapa pulak Cikgu Emma pulak yang masuk?' Monolog Adrisya. "cikgu relief ke?" tanya Reena, macam tahu-tahu je aku nak soal Cikgu. "iya lah sayang" Jawab Cikgu Emma.
          "Wani, awak tak nak join pergi lawatan ke MIAT." guru-guru memang sering memanggil Adrisya dengan panggilan Wani, tetapi jika rakan-rakannya memanggilnya Wani, Adrisya akan menentang kerana dia lebih selesa dengan panggilan Risya. "ha? pergi mayat?" Terbuntang mata Adrisya apabila mendengar Cikgu Emma beri tahu pergi ke mayat. 'Biar betul cikgu aku ni.. tak nak aku join.' Adrisya bermonolog. Manakala Reena , Fatihah dan Cikgu Emma sudah ketawa terbahak-bahak, tambah pelik Adrisya di buatnya. " Apalah kamu ni Wani. Bukan mayat lah sayang.. tapi MIAT, Malaysian Institute in Aviation Technology.. nak join tak? lawatan sambil belajar.. lepas kita pergi sana, kita pergi naik cruise pulak. Jom lah.. rugi tau tak pergi dapat sijil, lagi pun balik hari" terang Cikgu Emma. "oh.. bestnya,, dapat sijil pulak tu... wey.. jom lah.." Adrisya mengajak kawan-kawannya sekali. "tarikhnya bila cikgu?" soal Fatihah pula. "22 mei ni.. jom lah" sekali lagi cikgu emma mengajak.
     "Laaahhh !! 22 ni saya tak ada cikgu! ruginya.. nak ikutttt !!!" rengek Fatihah. "Kamu pergi mana?" soal cikgu pula. "Langkawi cikgu.." serentak Adrisya dan Reena menjawab. "Tapi saya nak ikut.. bestnya cikgu.." rengekkan Fatihah lagi. Cikgu Emma hanya tersenyum. "Cikgu.. saya nak ikut.. macam best je.. hmm.. tu form berapa je cikgu? RM?" Adrisya pula. "RM 40 je.. sebab naik cruise tu RM 20, tu sebenarnya untuk form 5 tapi ada kosong.. form 4, form 3 pun ada." Sekali lagi cikgu Emma terangkan dengan lebih detail. "oh.. saya nak join.. tapi saya tak ada geng lah cikgu.. Reena ni confrem tak boleh.. fatihah pun.." Adrisya meluahkan perasaannya. "Ala.. kamu ni.. jom je lah.. kalau kamu tak ada geng kamu jadi je lah geng cikgu. Bukan senang tau nak pergi." Pujuk cikgu Emma lagi. "urmm.. tengok lah macam mana. Saya tanya mak saya dulu.. apa-apa hal saya jumpa cikgu esok erk?" jawab Adrisya. "oke yang.. apa-apa cari cikgu dekat bilik sukan ya" Jawab Cikgu Emma sambil beredar ke meja guru. 'Esok aku nak tanya Iliyana and Aliya ajak dorang pergi hihii.' Adrisya monolog. "weyh ! kau dah kenapa?" sergah Reena. "Mana ada apa-apa. Kau ni.. tak baik tau sergah-sergah.. kalau jantung aku terkeluar macam mana? siapa nak bertanggungjawab?" hah! ambik ceramah free dari Adrisya. "tak ada lah.. kau tu tersengih sorang-sorang.. aku nak bercerita ni." Fatihah memback-up Reena yang sudah tersengih-sengih !

          "Makkkkk !!!" Sebaik sahaja sampai di rumah Adrisya terus mencari mak kesayangnnya. "Mak kat dapur ni.. kenapa? tak menyempat nak masuk" bebel Puan Zuridah apabila melihat kelibat Adrisya yang masih di depan pintu. "Kejab" Jawab Adrisya yang masih di muka pintu sedang membuka kasut. "Ni.. Risya nak cakap dekat mak.. boleh tak kalau Risy nak pergi Lawatan ke MIAT, bukan mayat tau..!" Adrisya tersengih apabila teringat kesalahnnya di sekolah. "MIAT ni nama panjangnya Malaysian Institute in Aviation Technology. Bayar RM40 je.. lepas tu kitorang pergi naik cruise dekat Putrajaya. Cikgu kata naik tu je 20 hengget. Boleh tak mak Risya pergi? Balik hari.. tak tidur sana pun. Pergi 22 Mei ni." Sambung Adrisya dengan lebih 'detail'. "Suka hati kau lah. Kawan kau siapa je pergi?" Puan Zuridah memberi restu melepaskan Adrisya. "a'ah kan? siapa je? alaa.. Risy tak ada kawan lah.. Fatihah pergi Langkawi. Reena memang tak boleh lah. Sekejab Risy nak telefon Illiana dengan Aliya, tadi diorang tak datang sekolah." Runggut Adrisya terus meluru pergi ke biliknya. Sejurus Adrisya masuk bilik, dia terus mencapai handfone nokianya lalu mencampakkan dirinya atas katil. Hampir 20 minit dia bercakap dengan kedua-dua orang rakannya, tetapi Adrisya belum mendapat kata putus dari kawannya, kedua-duanya bagi jawapan yang sama. "pape esok lah aku bagi tau. Nak tanya mak aku dulu, esok aku bagi kata putus oke." copy paste ke apa dorang ni? sama je ayat. Mesti dorang dah contact dulu kan? haish !! runggut Adrisya dalam hati.

          Setelah mendengar penjelasan Aliya dan Illiana secara automatik pipi Adrisya seperti ikan buntal, wajahnya kelat, masam mengalahkan cuka !! "Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!! Aliyaa... sampai hati kau.. tak nak join aku.. uhuk-uhuk !!" Jerit Adrisya. Tapi tak macam tarzan ye! jerit pelahan-lahan je! cukup hanya mereka berempat yang mendengar. "Yana pun sama !! tak suka lah macam ni ! Aku tak nak kawan kau, kalau tadi kau kata tak nak join !" seusai bicara secara perlahan-lahan Adrisya mengukir senyuman.

     Lantas Adrisya memeluk Illiana  "Hahaha! yana !!!! aku sayang kau !!!! terima kasih yana !! dapat lah aku merasa nak naik cruise tu nanti." Mulut Fatihah dan Reena sudah berbentuk '0' terutama sekali Aliya dan Illiana. 'Risya ni betul ke tak ni?' mungkin itu yang mereka fikirkan. "Risy.. kau biar betul ni? kau ni dalam keadaan apa sekarang ni? marah ke? gembira atau sedih? confius lah aku" tanya Reena pula. "Ala, korang ni relex lah.. aku saja je buat ayat suspen.. buat action camen takkan itu pun nak takut." jawab Adrisya sambil ketawa terbahak-bahak 'suka aku dapat kenakan diorang.. haha' monolog Adrisya. "Habis tu kau tak marahkan kitorang lah ni?" tanya Aliya pula. Minta kepastian. Mungkin rasa cuak tadi tidak habis lagi. "Tak ada lah. Saja je. Buat suspen. Lagi pun buat apa aku nak marah kau. Aku faham kalau kau tak dapat pergi. Lagi pun kalau aku paksa kau pergi, takkan aku pulak nak tambangkan untuk kau. Aku mana ada duit." Panjang penjelasan dari Adrisya.
      "Yang yana ni pulak aku saja je nak test dia tadi." Sambung Adrisya. "Lagi pun kalau korang tak pergi aku pun mesti tak pergi. Sebab aku tak ada kawan. So, aku anggap je lah dah tak ada rezeki aku nak pergi sana. Reda je lah kan?" Adrisya sambung lagi keterangannya biar rakannya faham apa yang dia rasa. Isi dan luahan hatinya yang sebenar. chewah ayat. Hihi.

Rabu, 20 Februari 2013

Tajuk-tajuk Novel Yang Nak Dibeli

Hello, hye, dan Assalamualaikum.. ni nak kongsi sikit pasal novel-novel yang bakal saya ada... hihi..

Tajuk: Akhirnya Aku Kahwin
Harga: RM 19.90
Halaman: 496
Terbitan: Karangkraf
*sekarang yg nie dh beli

Tajuk: Antara Benci & Rindu
Harga: RM 19
Halaman: 537
Terbitan: Kaki Novel

Tajuk: Biarkan Ia Berlalu
Harga: RM37
Halaman: 1140
Terbitan: Kaki Novel

Tajuk: Bukan Hanya Sesaat
Harga: RM 21
Halaman: 540
Terbitan: Karangkraf
Tajuk: Cik Bunga Dan Cik Sombong
Harga: RM 21
Halaman: 590
Terbitan: Karya Seni



Tajuk: Cinta Untuk Sedetik Lagi
Harga: RM 28
Halaman: 815
Terbitan: Karya Seni

Tajuk: Dalam Diam Ada Cinta
Harga: RM 19.90
Halaman: 544
Terbitan: Karangkraf

Tajuk: Dua Syurga Dalam Hatiku
Harga: RM 25
Halaman: 522
Terbitan: PTS Litera

Tajuk: Doktor Cinta
Harga: RM 26
Halaman: 831
Terbitan: Kaki Novel

Tajuk: Hello Mr. Perfect !
Harga: RM 22
Halaman: 674
Terbitan: Kaki Novel

Tajuk: Jodoh Atau Cinta
Harga: RM 19
Halaman: 507
Terbitan: Kaki Novel
Tajuk: Kasih Benar Kasih
Harga: RM 19
Halaman: 496
Terbitan: Karangkraf
Tajuk: Kemilau Karya Kasih
Harga: RM 16
Halaman: 436
Terbitan: Fajar Pakeer
Tajuk: Kerana Sebiji Epal
Harga: RM 25.90
Halaman: 604
Terbitan: Karangkraf
Tajuk: Mahar Cinta Cinderella
Harga: RM 18
Halaman: 393
Terbitan: PTS Litera
Tajuk: Ributnya Cinta
Harga: RM 24.90
Halaman: 618
Terbitan: SR Publication
Tajuk: Semerah Inai Dijari
Harga: RM 21
Halaman: 515
Terbitan: Karangkraf
Tajuk: Seru Saja Bintang Itu
Harga: RM 22
Halaman: 583
Terbitan: Karya Seni
Tajuk: Setia Hujung Nyawa
Harga: RM19.90
Halaman: 469
Terbitan: Karangkraf

Tajuk: Spanar Rindu Skru
Harga: RM 19.90
Halaman: 500
Terbitan: Alaf 21

Tajuk: Sepupuku Suamiku
Harga: RM 19.90
Halaman: 542
Terbitan: Kaki Novel
Tajuk: Suamiku Tak Romantik, Tapi Autistik
Harga: RM 30
Halaman: 642
Terbitan: Karya Seni
Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Harga: RM 22.90
Halaman: 628
Terbitan: FP

Tajuk: Teduhan Kasih
Harga: RM 22
Halaman: 575
Terbitan: Karya Seni

Tajuk: M.A.I.D
Harga: RM 26
Halaman: 758
Terbitan: Kaki Novel

Tajuk: Suami Yang Kubenci
Harga: RM 20
Halaman: 544
Terbitan: Karya Seni

Tajuk: Si Mangkuk Tingkat
Harga: RM 20
Halaman: 471
Terbitan: JS

Tajuk: Hikayat Si Permata Hati
Harga: RM 35
Halaman: 1050
Terbitan: Karya Seni

Tajuk: Street Vendetta
Harga: RM 19.90
Halaman: 636
Terbitan: Buku Prima

Tajuk: Awek Buku & Cornflakes Madu
Harga: RM 19.90
Halaman: 635
Terbitan: Buku Prima

Tajuk: Rindu Dalam Sepi
Harga: RM 22
Halaman: 553
Terbitan: Kerya Seni
*sekarang yg nie dh beli

Tajuk: Protect The Boss
Harga: RM 18
Halaman:436
Terbitan: Penulis2u

Tajuk: I Love U, Stupid !
Harga: RM 39
Halaman: 1389
Terbitan: Karya Seni

Tajuk: Izinkan Kumiliki Hatimu
Harga: RM 28
Halaman: 852
Terbitan: SR Publication

Tajuk: Kan Kukejar Cinta Kamu
Harga: RM 24
Halaman: 795
Terbitan: Intens

Tajuk: Takdir Fitrah Terindah
Harga: RM 25.90
Halaman: 608
Terbitan: Karangkraf

Tajuk: The Wedding Breaker
Harga: RM 25
Halaman: 642
Terbitan: Karya Seni

Tajuk: Lagu Cinta Buatmu
Harga: 19.90
Halaman: 504
Terbitan: Fajar Pakeer

Tajuk: Cahaya Qaseh
Harga: RM29.90
Halaman: 1018
Terbitan: Karya Seni